BAN Israel ~ Kehidupan Remaja Palestin Di Dalam Terowong Maut.

Di Gaza, dengan kehidupan yang serba daif. Untuk mendapatkan sebiji roti juga terpaksa bertarung nyawa. Apatah lagi untuk ke sekolah menerima ilmu. Pelbagai sekatan jalanraya perlu ditempuhi.

Seorang remaja palestin bernama Mohammed yang berumur 16 tahun, terpaksa bekerja didalam terowong untuk menyara kehidupan keluarganya. Ini kerana ayahnya yang sudah lanjut usia. Oleh itu, ibu mohamed terpaksa meminta mohamed bekerja di dalam terowong. Walaupun ibunya sendiri sedar bahaya menimpa mohamed, tapi demi meneruskan hidup dan mendapat bekalan keperluan harian.

Pada mula memasuki terowong tersebut, mohamed berasa begitu resah dan gementar. Dengan senyuman seorang rakan yang berada didalam terowong, mohamed bersemangat untuk meneruskan kerja membantu kanak-kanak. Terowong tersebut digunakan untuk membawa masuk makanan untuk penduduk gaza, terutama kanak-kanak kecil.

Mohamed menyatakan lagi, beliau dibekalkan PIL yang diberi nama Tramadol. Painkiller untuk menahan sakit. Mohamed juga menyatakan kawannya didalam terowong memakan PIL tersebut setiap hari untuk bekerja. Terdapat juga runtuhan yang berlaku dan menyebabkan rakannya yang lain mati.

Walaupun terdapat kerja construction diluar sana, tetapi gaji yang diberikan hanya satu pertiga daripada gajinya bekerja didalam terowong. Iaitu $30 @ 120 shekels.


Info : Unicef

Post a Comment

10 Comments

  1. najib jumpa xmamat ni ms ke gaza"?

    ReplyDelete
    Replies
    1. kejap lagi papagomo akan buat editing gambar. najib bsama mamat ni

      Delete
  2. hemmm..mereka tidak akan berpuashati selagi islam tidak hancur.Tiba masanya islam bersatu. Tapi pertengkaran sunni syiah pun tidak berkesudahan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syiah perlu berhenti ktuk shabat nabi r.a. hom... klu x smpi bila2 bila cek sejarah syiah terjadi atas smgt asbiah dan duhasut org2 yahudi yg berniat jht

      Delete
  3. Budak2 kat malaysia sibuk nk ponteng sekolah. ibubapa hantar anak sekolah, anak lompat pagar. konon nk ikut ala-ala punk. Pastu claim islam.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Student kt bandar jer ramai mcm ni.

      Delete
    2. kampung pun 2x5 serupa

      Delete
  4. kesiannya. baru 16 tahun. sepatutnya masih bersekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kehidupn kt sana xmcm kta kat malaysia.tu pn ramai student duk ponteng skolah.

      Delete
  5. Bebudak kita yg dok sibuk memonteng..pi hantar cuti ke gaza laa bru..dia org tahu..azab-tak azab nyer nak nyarik rezqi.

    ReplyDelete