• Politik Terkini

    Saturday, May 25, 2013

    BAN Politik - Dato Mahfuz : Desakan Kepada Kerajaan BN, Hentikan Kezaliman

    Ko pernah dengar pepatah mencurah air didaun keladi. Macam tu la apa yang berlaku sekarang. Desaka rakyat, kondem rakyat. Buat penat dan akan dikenakan tangkapan bawah akta hasutan. Dahtu apa guna ada hak asasi manusia. Ke untuk pembelaan golongan LBGT je.

    Aku sertakan bersama press statement daripada dato mahfuz kepada kerajaan BN. Meminta kerajaan BN tidak bertindak melampui batas. Kenapa sebelum ni takde penangkapan, takde guna akta hasutan. Dan hari ni juga berita tentang kehilangan mykad dijadikan persoalan kepada JPN.

    Ada lagi tak yang nak bagi idea ortodok minta rakyat keluar malaysia kalau tak suka duk malaysia. DAYYUM

    Kenyataan Media (24 Mei 2013)

    KERAJAAN BN DIDESAK HENTIKAN TINDAKAN ZALIM!

    Barisan Nasional (BN) yang baru memenangi Pilihanraya Umum (PRU) ke - 13 dengan mandat 47% undi popular nampaknya tidak pernah belajar dan insaf di atas perbuatan mereka yang menimbulkan rasa benci rakyat ke atas mereka. Terbaru hari ini, penangkapan Chua Tian Chang atau lebih dikenali dengan nama Tian Chua, Dato' Mohd Tamrin Tun Abdul Ghafar Baba, Haris Ibrahim dan Badrul Hisham Shahrin (Chegu Bard) di bawah Akta Hasutan di samping serbuan dan rampasan akhbar-akhbar rasmi milik PAS dan PKR iaitu Harakah dan Suara Keadilan adalah bukti terbaru bagaimana Umno / BN meneruskan amalan jahat mereka menyalahgunakan undang-undang dan pihak berkuasa untuk menekan musuh politik mereka.

    Akta Hasutan yang dijanjikan akan dimansuhkan nampaknya terus digunakan sebagai senjata untuk menakutkan rakyat. Pada masa yang sama, perbuatan jenayah mengapikan-apikan isu perkauman dan tindakan-tindakan berbaur ugutan yang dilakukan oleh pemimpin-pemimpin Umno dan akhbar Utusan Malaysia terus di diamkan tanpa sebarang tindakan diambil. Janji Perdana Menteri untuk melaksanakan rekonsiliasi nasional selepas BN mencatat keputusan terburuk dalam sejarah pilihanraya terbukti palsu dan tak lebih dari sekadar kata-kata yang dilafazkan oleh orang yang sedang mabuk.

    Justeru, saya mewakili Parti Islam Se-Malaysia (PAS) mendesak segala tindakan zalim ini dihentikan serta merta. PDRM di bawah teraju Ketua Polis Negara yang baru tidak seharusnya menjadi perkakas politik Umno / BN. Tugas kerajaan dan polis adalah melindungi dan menghormati rakyat, bukannya menindas seteru politik untuk menutup kepincangan yang dilakukan Umno / BN.

    DATO’ HAJI MAHFUZ HAJI OMAR
    Naib Presiden PAS.

    Info Asal : DatoMahfuz

    6 comments:

    1. silap2 mahfuz kna tangkap. buat kenyataan memburukkan kerajaan.

      ReplyDelete
    2. perjuangan tetap diteruskan

      ReplyDelete
    3. kalo tak puas hati.. bleh lah duduk dlm hutan...

      ReplyDelete
    4. This comment has been removed by the author.

      ReplyDelete
    5. aku tau lah ko buat blog lucah.. tp tak perlu lah letak ayat2 maki-lucah kat sini....

      ReplyDelete
      Replies
      1. oko msti suka layan youjizz.

        Delete