• Politik Terkini

    Sunday, May 19, 2013

    BAN Politik - Kenyataan Inilah Menyebabkan Adam Adli Di Tahan

    Kenapa di setiap negara adanya aktivis yang memperjuangkan hak rakyat. Bukan setakat di malaysia, tetapi disetiap negara. Segalanya tentang pentadbiran corrupt dalam sebuah kerajaan kuno. Adam Adli sekali lagi ditahan dibawah akta hasutan kerana sebuah kenyataan dalam laman sosialnya.

    Aku salute kat mamat ni atas keberanian memperjuangkan hak pelajar di malaysia. Tapi masih ada yang buta  tentang hak yang diperjuangkan. Malah membodohkan diri dengan mengeluarkan statement yang jelas terpampang kebodohan.


    KUALA LUMPUR, 18 Mei – Aktivis pelajar Adam Adli Abdul Rahman telah ditahan tengahari tadi dibawah Akta Hasutan yang dipercayai penguamnya mempunyai kaitan dengan kata-katanya dalam satu forum 13 Mei lalu.

    Adam Adli, 24, (gambar) dalam satu forum di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor minggu ini berkata rakyat Malaysia “tidak boleh menunggu lima tahun lagi untuk menghumban Umno dan Barisan Nasional (BN)”.

    “Ia seperti satu penangkapan,” kata peguam Adam Adli, Latheefa Koya kepada The Malaysian Insider hari ini.

    Latheefa memberitahu Adam Adli telah dibawa ke IPD Jinjang, yang merupakan pusat tahanan, serta menyatakan kebimbangan anak guamnya akan ditahan hingga esok hari.

    Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dilaporkan berkata dalam akhbar milik Umno, Utusan Malaysia hari ini kerajaan mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang cuba mewujudkan kekecohan di jalanan.

    Rakan Adam Adli, Mandeep Singh memberitahu The Malaysian Insider rakannya itu telah ditangkap di luar rumahnya di Bangsar.

    “Sebaik beliau keluar bangunan, beliau telah ditangkap serta-merta,” kata Mandeep, 27.

    Pada forum 13 Mei tersebut, Adam Adli dilaporkan telah mencadangkan untuk mengadakan demonstrasi jalanan, dengan berkata: “Pilihan raya tidak akan menyingkirkan kerajaan, kuasa rakyat yang akan lakukannya”.

    Pemimpin pergerakkan Asalkan Bukan Umno (ABU) juga pada forum sama berkata kerajaan hanya boleh ditumbangkan menerusi demonstrasi jalanan.

    Beberapa rejim kerajaan di Timur Tengah juga telah ditumbangkan menerusi demonstrasi jalanan besar yang dikenali sebagai revolusi “Arab Spring”.

    Walaubagaimanapun, Pakatan Rakyat (PR) telah menjauhkan diri daripada gesaan demonstrasi jalanan selepas keputusan Pilihan Raya 2013 meskipun mendakwa terdapat banyak penipuan berlaku.

    Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan Rabu lalu pembangkang akan kekal mengadakan perhimpunan tertutup “untuk meluahkan rasa marah” terhadap penipuan undi pada pilihan raya umum 5 Mei baru-baru ini.

    Berpuluh ribu rakyat Malaysia, majoritinya anak muda berbilang bangsa telah membanjiri enam perhimpunan anjuran PR di seluruh negara selepas pilihan raya 5 Mei yang mahukan proses pilihan raya adil dan bebas.

    Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad baru-baru ini telah didakwa di bawah Akta Perhimpunan Aman (PAA) 2012 ekoran kegagalan memberitahu pihak polis dalam tempoh 10 hari untuk berhimpung di Stadium MBPJ, Kelana Jaya pada 8 Mei lalu.

    Beliau bagaimanapun mengaku tidak bersalah.

    Ahmad Zahid dipetik berkata dalam Utusan Malaysia hari ini menegaskan tidak akan berkompromi dengan pembangkang jika mereka menganjurkan bantahan jalanan untuk menumbangkan kerajaan.

    Nama Adam Adli mula mendapat perhatian selepas menurunkan bendera gambar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa bantahan kebebasan akademik pada tahun 2011.

    Beliau kemudiaan digantung daripada Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) dan permohonan semakannya ke atas pengantunggan di mahkamah telah ditolak bulan lepas.

    Najib pada Julai tahun lepas berkata Akta Hasutan 1948 akan dipinda dan digantikan dengan Akta Harmoni Kebangsaan. 

    Info Asal : JanjiDicapati , MalaysiaInsider

    8 comments:

    1. Buat demostrasi untuk meminta hak, salah disisi undang2. buat tarian separa bogel. boleh dapat lesen

      ReplyDelete
    2. Dunia ini akhirnya milik anak muda.... salute pada yang berani.

      ReplyDelete
    3. Jangan lawan kerajaan, ikut je jadi macai

      ReplyDelete
    4. keberanian anak muda hari ini

      ReplyDelete
    5. nasib baik negara kita tiada lagi rakyat yang ganas2 macam kat barat...kalo tak tiap2 tahu tukar kerajaan sebab kena tembak sniper

      - Admins blog 3 dalam 1
      http://blog3dalam1.blogspot.com/

      ReplyDelete
    6. Hah...apa pun aku sokong Adam Adli...
      satu sangkut 10 lagi akn datang!!
      SUARA RAKYAT SUARA KERAMAT!!

      ReplyDelete
    7. solidariti untuk adam. anak muda yang berani

      ReplyDelete