• Politik Terkini

    Monday, May 27, 2013

    BAN Politik - Ridhuan Tee:Jika Tiada Penambahan Kerusi Sabah Sarawak, BN Telah Kalah

    Nampaknya ustaz versi BN dah mula keluarkan kenyataan, last sentence dia bagitau orang cina kat penang dah belajar buat kuih muih mamak dan melayu. Dan dia risau nanti orang melayu dan mamak tak boleh berniaga. Orang cina penang takkan pergi beli. Aku tengok kedai orang kelantan steady je orang cina pergi makan kat penang. Ke lepas ni cina nak belajar masakan kelantan, kedah, terengganu dan semua negeri la.

    Heran aku dengan pemikiran rasis macam ni, tapi memperjuangkan agama. Mempersoalkan tindakan perkauman tetapi tidak mengajak mereka mendekati islam dengan meminta pemimpin tertinggi mereka menggubal segala perundangan mengikut syariah islam. Duk ikut utusan meloya pasal perkauman tu buat apa. Sebab tu, majority semenanjung menolak BN.



    PADA mulanya saya tidak mahu percaya berlaku tsunami Cina dalam PRU13. Analisis demi analisis yang saya hadiri, rata-rata menyimpulkan bahawa tidak berlaku tsunami Cina, tetapi tsunami Malaysia yakni penolakan rakyat terhadap Umno BN.

    Ringkasnya, undi bandar memihak kepada PR, manakala undi kampung lebih kepada Umno BN.

    Namun, setelah saya teliti dengan mendalam, memang berlaku tsunami Cina. Faktor ini amat jelas dan tidak boleh diselindungkan lagi. Saya amat musykil, kenapa sebahagian besar pengkaji tidak mengakui fakta ini. Apa tujuan di sebalik?

    Lihat sahaja trend pengundian di Pulau Pinang dan kawasan majoriti Cina, bukti-bukti menunjukkan terlalu sedikit undi Cina yang diperoleh BN.

    N27 Pengkalan Kota, Pulau Pinang, BN hanya dapat 1,803, berbanding DAP 15,403, majoriti 13,600. Sepanjang kajian saya, tidak pernah berlaku dalam sejarah PRU, BN hilang wang deposit. PRU13 menjadi saksi.

    Begitu juga N13 Berapit (PP), BN hanya dapat 2,230 undi, berbanding DAP 16,995, dengan majoriti 14,765. Saya difahamkan di Dun Sitiawan, hanya dua sahaja undi Cina diperoleh BN. Adakah ini bukan tsunami Cina? Tanpa nafikan tsunami yang lain.

    Jika diamati secara teliti, sebenarnya BN kalah di Semenanjung (76), kerusi Sabah Sarawak (57) yang menjadi penyelamat. Manakala PR dapat 80 kerusi di Semenanjung dan Sabah serta Sarawak, 9 kerusi.

    Bermakna, jika tidak ada tambahan kerusi Sabah Sarawak, kerajaan diterajui BN sudah jatuh.

    Ultra kiasu berhujah, jika ada tsunami Cina, sudah tentu calon Melayu mereka sukar untuk menang bertanding di kawasan Cina. Misalnya P48 Bukit Bendera, Pulau Pinang dan beberapa kerusi lain yang diberi kepada calon Melayu.

    Pecahan pengundi P48 mengikut kaum ialah Melayu (13.99%), Cina (73.74%), India (11.22%) dan lain-lain (1.14%). Parlimen ini dimenangi oleh Melayu (DAP), mengalahkan calon Cina BN dengan majoriti 32,778. Kenapa calon ‘Melayu’ ultra kiasu boleh menang?

    Adakah dengan mengundi calon Melayu, tidak berlaku tsunami Cina. Siapakah calon ini? Mengundi beliau, bermakna mengundi ultra kiasu.  

    Bezanya dalam PRU13, sebahagian besar Cina menjadi lebih ultra kiasu? Kenapa? Adakah kerana kerajaan mereka bersih? Atau kerana suka kepada tuntutan ultra kiasu untuk menjadi lebih Cina?

    Saya ingin mengajak orang Cina supaya rasional dalam hal ini. Tidak dinafikan ada kelemahan kerajaan Umno BN.

    Suka atau tidak, kita perlu mengakui, apa yang diperoleh orang Cina hari ini disebabkan oleh kerajaan sedia ada dan polisi yang dilaksanakan.

    Perolehan yang paling ketara adalah kek ekonomi dan pendidikan. Kekayaan ekonomi diperoleh lebih 70 peratus. Manakala dalam soal pendidikan, pendidikan Cinalah yang paling mendapat perhatian kerajaan berbanding pendidikan lain.

    Kerajaan telah membantu pendidikan Cina sehingga menenggelamkan pendidikan agama. Malangnya, dalam PRU13, mungkin tidak ada seorang pun guru-guru Sekolah Jenis Kebangsaan ini mengundi Umno BN.

    Sebenarnya saya sudah malas menulis mengenai ultra kiasu selepas PRU13 atas dasar dakwah kerana ramai kawan seperjuangan mengatakan tulisan saya merugikan dakwah.

    Tetapi melihat kepada gerak-geri mereka, hati saya berkata-kata, tidak boleh jadi, sebab ultra kiasu menjadi semakin bongkak dan sombong.

    Terbaharu, isu pembahagian kerusi Exco negeri Selangor. Formula yang ditetapkan adalah 3:3:4 (PKR:DAP:Pas). Ultra kiasu bising wakil bangsa mereka kurang. Dapat lebih senyap, dapat kurang riuh.

    Bukankah dalam PKR sudah ada ramai ultra kiasu?

    Saya difahamkan di Pulau Pinang, telah berjalan perancangan ultra kiasu melatih anak-anak ultra kiasu untuk membuat roti canai dan kuih-muih Melayu.

    Selepas ini, orang Cina tidak perlu lagi pergi ke kedai mamak atau kedai Melayu untuk menikmati makanan tersebut kerana sudah ada di kedai Cina. Secara halus, bisnes mamak dan Melayu akan tutup dan bersedialah untuk berhijrah.

    Ya, saya tidak nafikan tidak semua Cina yang rasis. Tetapi, perlu diingat, ramai Cina yang rasis dalam parti ultra kiasu. Saya tidak akan label mereka ultra kiasu atau rasis, jika mereka menerima konsep negara Islam dan undang-undang Islam.  

    Pas pula janganlah terlalu perasan bahawa ultra kiasu menyokong mereka dan menerima Islam. Undi ultra kiasu kepada Pas sebagai tanda protes kepada Umno BN, bukan kerana telah menerima Islam.

    Jika berlaku pertembungan antara calon Pas vs DAP. Jangan harapkan ultra kiasu mengundi Pas. Mereka mengundi Pas hari ini kerana berlaku pertembungan dengan Umno. Jika Pas vs PKR, pasti mereka memilih PKR. Buka mata, buka minda.

    Info Asal : SinarHarian

    9 comments:

    1. nak tembak secara terus tak berani. nantikan gaji kena potong, pangkat kena turun. Terpaksalah tulis secara halus. Walaupun nampak ridhuan tee cuba menyatakan sesuatu kebenaran.

      ReplyDelete
    2. ustaz umno. buat kenyataan msti suh berterima kasih. menakutkan org melayu. ape melayu tu pembela islam. cina dan india tak boleh bela islam?

      ReplyDelete
      Replies
      1. Orang cina dan India majoriti Muslim ke dekat Malaysia?

        Delete
      2. Cina majority di penang, india mmg tak majoriti. melayu majoriti tapi adakah semua sistem islam terlaksana?

        Delete
    3. siapa plak ustaz ni....tak kenal pun

      blog 3 dalam 1
      http://blog3dalam1.blogspot.com/

      ReplyDelete
    4. Nak tanya ustaz UMNO nih, kalau berlaku pertembungan MCA vs UMNO agak2 orang Cina nak undi UMNO tak...kehkehkeh....

      ReplyDelete
      Replies
      1. org cina pn tahu umno tu rasis. tak habis dgn memperjuangkan hak melayu. tapi semua bisnes dia bagi kroni, kroni jual kat cina. tanah rezab melayu semua tergadai. rumah rakyat untuk melayu, rumah pprt. UNDILAH UMNO.

        Delete
    5. Alahai Ustaz UMNO.. Asal bangsa Cina, tapi mentaliti kemelayuan jumud yg rasis..

      ReplyDelete