• Politik Terkini

    Friday, July 26, 2013

    BAN Ganas - Makhluk Giant Spesis Dinasour Di Temui Di Malaysia (Gambar Video)

    Bapak besar spesis dinosour ni, aku tak taula apa yang dia makan untuk membesar dengan sihat mengalahkan susu dugro kids. Yang pasti ia adalah spesis dinosour yang satu2 nya dalam dunia ni masih hidup. Amfibia lain zaman dinosour pupus dah kot kebanyakan. Manusia spesis amfibia boya ni pun ada what, berlambak ada. But now, slowly amfibia female mula menunjukkan taring juga.

    Agak-agak kalau aku pelihara boya ni sekor, berapa kilo daging gajah aku kena suap kat binatang ni. Tak pun dengan aku sekali dia ngap. ngappp sayookkk. Mohon fans sarawak jadikan boya besar ni simbolik football fans 2014. Jangan kata red giant akan bertukar jadi crocs giant 2014.



    Menurut penduduk di kampung berkenaan, buaya bersaiz gergasi itu dilaporkan sudah tidak bernyawa dan ditemui di Kampung Bukit Belimbing , Sungai Batang berjuntai Kuala Selangor. Bangkai buaya tersebut terpaksa diangkut dan dialih menggunakan kapal korek pada petang tadi untuk mengelakkan bangkai tersebut menjadi busuk.

    Apapun, saiz buaya yang ditemui itu memang agak besar walaupun ianya sudah menjadi bangkai. Pengarah Perhilitan Selangor Rahim Ahmad menjelaskan, pihaknya segera ke lokasi kejadian sebaik dimaklumkan dengan penemuan itu dan mengangkut bangkai buaya terbabit ke Pusat Konservasi Hidupan Liar Sungai Dusun untuk bedah siasat.

    Penduduk sekitar Bukit Belimbing dekat sini gempar selepas dua nelayan menemui bangkai buaya besar yang tersangkut di tepi sungai ketika mahu memancing udang di Jeti Jalan Tok Empat Masjid, Kampung Bukit Belimbing. Nelayan, Zaidi Jaafar, 23, berkata, dia tidak menyangka suluhan lampu rakannya ketika menyusuri Sungai Selangor untuk memancing udang tertumpu pada objek besar yang disangka kayu yang tersangkut pada dahan kayu di tebing sungai.

    “Kami mula menjarakkan sampan dan meneliti dari jauh. Namun, beberapa minit kemudian kami memberanikan diri untuk melihat lebih dekat kerana buaya itu tidak bergerak. Saya cuba menguis menggunakan pendayung dan dapati buaya itu sudah tidak bergerak.

    “Selepas sah buaya itu sudah mati, kami terus mendekati untuk melihat keadaan fizikal buaya itu yang mungkin cedera di mana-mana yang mengakibatkan kematian, namun hanya didapati gigi dan kuku sudah tiada,” katanya ketika ditemui. Untuk laporan, tidak pernah berlaku kejadian keganasan buaya yang menyebabkan kematian direkodkan setakat ini.

    Info Asal : Fuh.my

    10 comments:

    1. mesti dh tua gila. aku syak ni buaya dr sarawak. tak pun dari indonesia.

      ReplyDelete
    2. mcm mana dia boleh hidup lama. xkn mkn ikan je kot.

      ReplyDelete
    3. yeszaa.. setuju dengan anon yang pertama. mesti dah tua gila buaya ni

      ReplyDelete
    4. Kulit boya tu Rosmah bini Najip yg punya...hahaha..akan dihantar kekilang Birkin dijadikan beg tangan jenama Harmes utk Rosmah. Kali ini Rosmah akan menempah bukan shj beg tangan tetapi complete set baju, topi, kasut dan juga seluar dlm, coli daripada kulit buaya gergasi.. haha

      ReplyDelete
    5. sapa yg bunuh, xde kesan bertrung mana2 pun, perg saiz besar mcm ni org pyh nak jumpa, so kat malaysia ni bnyk makhluk Allah lg masih belum jumpa lagi...

      ReplyDelete
      Replies
      1. Allah S.W.T. lebih mengetahui..wallahua'alam..

        Delete
    6. huh... tak tenteram mayat buaya tu, dah mati kena pijak2 kena tunggang oleh orang ramai la pulak...

      ReplyDelete
    7. yekkkk tiba2 terasa geli dowwwwww

      ReplyDelete
    8. dah jd bgkai mestilah kembong.sbb tu nmpak besar

      ReplyDelete