• Politik Terkini

    Friday, July 5, 2013

    BAN Politik - Biodata Dr. Muhammad Mursi Yang Anda Wajib Tahu !

    Kejatuhan Presiden Mesir amat disambut dengan sorakan dan bunga api oleh beberapa golongan sekular. Malah america dan israel sendiri menyambut dengan baik. Ditambah perisa dengan geng arabian. Dan semalam Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim mengecam tindakan tentera mesir mengambil alih pemerintahan secara rampasan.

    Itulah dunia islam hari ini, berebut kuasa demi menegakkan duit poket, berebut kuasa demi mendapatkan ratusan juta projek. Perjuangan untuk ummah membangunkan islam hanya tinggal angan-angan sepanduk rakyat.

    Tiba masanya umat islam lupakan segala persengketaan syiah sunni, dan mencari titik noktah untuk bersatu.




    Laporan ini diterjemahkan oleh Al-Fadhil Ustaz Nazmi Abdul Karim:

    1. Dr.Muhammad Morsi,walaupun beliau ialah seorang Presiden,beliau hanya berada di Istana Presiden untuk kerja-kerja pengurusan negara dari 8.00 pagi hingga 10.00 malam. selepas itu,Beliau akan balik ke rumah sewa beliau untuk berehat. dan rumah sewa itu b sewanya sendiri oleh beliau. Tedapat 10 orang wakil dari Ikhwanul Muslimin yang membantu beliau setiap hari dalam pengurusan negara dan mereka ini tidak meminta walau satu b gaji.

    2. Beliau menghafal Al-Quran secara keseluruhannya.

    3. Beliau ialah seorang jurutera (metallurgy engineering) salah satu bidang dari bidang pembuatan (manufactruing engineering).

    4. Beliau,Isteri beliau, 5 anak mereka, dan 3 cucu mereka, semuanya adalah Hafiz/Hafizah Quran.

    5. Salah seorang anak beliau,berkhidmat sebagai doktor di Arab Saudi. Kerajaan Saudi telah memanggil beliau dan meminta beliau untuk berhenti sebagai doktor kerana beliau ialah anak seorang presiden mesir dan negara yang besar. Jawapan anak beliau ialah: "Bapaku ialah Presiden Mesir,dan itu b dan amanahnya.aku hanya anak kepada seorang bapa dan aku akan berkhidmat sebagaimana orang awam yang lain dalam mencari rezeki."

    6. Waktu solat jumaat, Dr.Muhammad Morsi datang awal satu jam dari solat jumaat dan beliau berada di saf paling depan sekali dan membaca Surah Al-Kahfi.dan tidak ada sebarang pengawal atau protokol untuk membezakan beliau dengan rakyat.

    7.Apabila beliau melakukan kerja-kerja lawatan,perjumpaan dan urusan negara,Beliau menggunakan kereta beliau sendiri untuk ke sana.

    8. Beliau ke-mana-mana tidak mempunyai sebarang protokal ataupun pengawal peribadi untuk melindungi beliau.

    Semoga Allah S.W.T memelihara dan merahmati serta memudahkan urusan Dr.Muhammad Morsi dalam urusan pemerintahan negara Mesir dan menjaga kebajikan rakyat dan umum islam secara kesulurhannya.dan kita berdoa juga semoga Allah S.W.T membangkitkan pemimpin-pemimpin seperti ini di negara-negara islam yang lain juga,insyaAllah

    *setelah membaca peribadi dr morsy, maka tidak hairanlah Israel dan sekutunya amat gembira dengan guling kuasa ini... namun yang amat mendukacitakan media tv malaysia turut menggelar beliau sebagai diktator....

    18 comments:

    1. ini semua perancangan jahat amerika dan israel!

      ReplyDelete
    2. JUSTICE FOR MURSI !

      ReplyDelete
    3. org mcm ni di katakan jahat, manakala org yh hidup bermewah2 membazir duit tu org yg baik?? inception yg berjaya

      ReplyDelete
      Replies
      1. kalau di malaysia, orang begini memang dianggap jahat, cuba pecah belahkan masyarakat..kalau layan kpop, minum arak itu baru dianggap pejuang agama, bangsa dan negara,,,oh negaraku


        hang samurai

        Delete
    4. Lepas jumaat ni, penyokong mursi akan mengadakan demostrasi pula. sama2 kita doakan kejayaan penyokong mursi.

      ReplyDelete
    5. fakta mana dpt nie..... dah majoriti rakyat mersi tak nak mursi... yg kita nie duduk jauh pula nak sokong.. siap dgn fakta ambik dr mana ntah...

      ReplyDelete
      Replies
      1. yg tak menyokong tu bukan rakyat, tapi penunjuk perasaan (pembangkang mesir+sekular+liberal)..mursi menang secara sah, demokratik dengan kemenangan dalam 3 fasa pilihanraya presiden..maka, majoriti rakyat sokong mursi..

        pembangangkang+tentera=guling mursi=baik takyah buat piliahnraya kalau pemilihan pemimpin dah melalui demonstrasi..

        mursi setahun memerintah lagi ok dari rekod 30 tahun hosni mubarak..

        #fact?google lah sendiri..semua nak orang sumbat..

        Delete
      2. dey tambi anon..lu baru keluar gua ka..

        tak perlu pegi mesir utk tau keadaan di sana..rakyat kita kat sana pon salur info..maklumat hujung cari je bhai..lu baik masuk duduk dlm gua la

        Delete
    6. sy percaya yg menolak morsi ni adalah penyokong anti ikhwanul muslimin dan didokong oleh israel = us dan konco2 nyer...

      ReplyDelete
      Replies
      1. lebih tepat, golongan sekular dan syiah



        hang samurai

        Delete
    7. Allah. Allah. Allah. Bukan calang2 orang ni.

      ReplyDelete
    8. moga kebenaran mencapai kemenangan,, amiin :')

      ReplyDelete
    9. Malang ramai yang tak tahu facts..Kesian Dr Morsi di anggap diktator sesetengah pihak yang anti islam..

      ReplyDelete
    10. korang jangan nak emo sangat...asal pemimpin islam jatuh je.. nak salahkan amerika+israel lah... dah rakyat mesir sendiri buat keputusan... apsal nak salahkan pihak lain....

      pemimpin islam nie tak penah buat salah...?

      ReplyDelete
      Replies
      1. bla bla bnla bla...adik ni mesti masih di sekolah rendah kan????

        pegi baca buku la...otak ko belum bersedia utk cerna hal2 semasa seperti ni

        Delete
    11. Hai kawan! jom follow gila siot !!
      http://gilasiot.blogspot.com/ thanks kawan! Saya follow sini juga ok :)

      ReplyDelete
    12. wallahualam.....semoga ada hikmah disebalik tiap2 peristiwa...

      ReplyDelete