• Politik Terkini

    Saturday, July 13, 2013

    BAN Politik - Hasil Minyak Terengganu GAGAL Bangunkan Kuala Besut

    Jika dibandingkan Kuala Besut atau bandar besut dengan bandar Pasir Puteh di kelantan, amatlah jauh perbezaan pembangunan di sekitar tersebut. Apa yang lebih di kuala besut, hanyalah mempunya sebuah jeti untuk ke pulau perhentian. Pulau yang sememangnya cantik dan menjadi tumpuan ramai.

    Dato Husam sebagai mengetuai jentera PAS di kuala besut menyatakan, selama berpuluh tahun BN memerintah terengganu dan rakyat kuala besut amat setia dengan BN. Tetapi pembangunan yang dibangunkan di kuala besut tidaklah sehebat apa yang diperkatakan.

    Adakah dasar rumah penyokong PAS masih menjadi punca pembangunan tidak dapat dijalankan. Amat memalukan jika pemikiran seorang menteri menyalahkan rakyat tidak menyokong umno, Sedangkan rakyat telah memberi mandat untuk menjadi kerajaan mentadbir duit rakyat secara berhemah, adil dan saksama.

    Antara rumah penduduk di pesisir pantai Kuala Besut.
    BESUT: Pengarah Jawatankuasa Induk PRK Dun Kuala Besut, Datuk Husam Musa berkata, Kuala Besut memerlukan perubahan dan pembangunan.

    Katanya, Terengganu adalah sebuah negeri yang kaya raya dengan hasil minyak tetapi keadaan penduduk di Kuala Besut masih ramai yang miskin.
    “Ini bermakna, kekayaan hasil petroleum lebih 20 tahun dulu tidak berjaya mengubah masyarakat di sini,” ujarnya kepada pemberita, semalam.
    Beliau yang juga Naib Presiden PAS mendakwa kerajaan BN Terengganu sengaja mengabaikan pembangunan di Kuala Besut kerana menganggap rakyat tetap menyokong BN.

    Namun, katanya, senario politik Terengganu akan berubah jika PAS berjaya memenangi PRK ini dengan menambah 16 kerusi Dun.
    “Kenapa ini berlaku, kerana kerajaan Barisan Nasional menganggap jika tidak ada perubahan pun rakyat tetap masih sokong mereka (BN).
    “Tapi, kalau PAS menang (PRK) kali ini dengan ada 16 kerusi dalam Dun Terengganu segala-galanya akan berubah. RM1.8 bilion duit royalti setiap tahun akan digunakan sebaik-baiknya, insya Allah,” ujarnya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Salor, Kelantan.
    Menurutnya, dalam keadaan pelbagai isu masyarakat setempat tidak selesai dan kerajaan Umno BN terus berjanji setiap kali pilihan raya.

    Info Asal : HarakahDaily

    5 comments:

    1. ore ganu duk caro ko pok2 dio jah. wi pitih ko pok2 dio jah.

      ReplyDelete
      Replies
      1. aku doakan yg terbaik...amin...

        Watch Pacific Rim Online Streaming @ ZirahNamia's Blog

        Delete
    2. kan mat said dh ckp. kena sokong dia. kuala besut dh berapa kurun sokong BN. apa yg org kuala besut dapat. Masa utk bangkit jatuhkan kuasa mat said yg angkuh!

      ReplyDelete
    3. datang sendiri tengok apa yang ada di kuala besut... jangan dengar sebelah pihak... datang dan nilailah... nak banding dengan pasir puteh... hehehe pasir puteh itu hub bagi jajahan pasir puteh... Kuala Besut ni bukan hub daerah...

      ReplyDelete
      Replies
      1. Kuala Besut
        Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
        Kuala Besut sebelumnya hanyalah sebuah perkampungan nelayan kecil terletak di bahagian Utara Terengganu di Malaysia, terletak antara Kota Bharu, Kelantan dan Kuala Terengganu, Terengganu. Tapi sekarang semakin membangun, menjadi sebuah pekan yang agak penting kepada pelancong-pelancong kerana merupakan pintu masuk ke Pulau Perhentian.
        Kuala Besut juga telah pun di daftarkan sebagai pelabuhan oleh Jabatan Laut Malaysia. Jabatan Laut Malaysia juga telah membina satu "Mariner" iaitu sebuah jeti yang lebih baik untuk perahu-perahu layar atau pun bot-bot mewah berlabuh (berdekatan dengan jeti pelancongan).


        ko tolong sunting sikit lagi dalam wikipedia boleh?

        Delete