• Politik Terkini

    Tuesday, August 27, 2013

    BAN Sketsa - Krisis Rumah Tangga, Isteri Cari Pemuas Tengah Malam

    Walaweee... kisah seks, berita seks, kisah curang sana sini. Itulah dunia daripada dulu sampai sekarang. Bukan kisah baru dan memang sejak berzaman dulu kala lagi. Kisah curang sebab nafsu serakah membara tahap air penuh kepala. Bagi aku, semua terletak atas akidah individu tersebut dan situasi semasa. Kadangkala manusia hilang akal sebab tekanan demi tekanan, tapi mereka perlulah mengambil inisiatif yang betul, saluran channel yang tepat untuk selesaikan setiap permasalahan. Bukannya menghiburkan diri kepada perkara maksiat yang semestinya dinantikan nukar nakir untuk menyeksa tahap sadis tiada belas kasihan di alam barzakh nanti.


    BANDARAYA MELAKA - Gara-gara membawa balik ‘kekasih gelap’ ke rumah sewaktu suami keluar bekerja, seorang wanita di Bukit Rambai, dekat sini, dicekup polis dan penduduk awal pagi, semalam.

    Dalam kejadian 2 pagi itu, wanita kepada dua anak berusia 27 tahun itu dicekup bersama lelaki berusia 28 tahun selepas didapati berkhalwat di rumah wanita berkenaan.

    Pasangan terbabit yang dicekup  sepasukan polis kemudiannya diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Melaka (Jaim) untuk tindakan lanjut.
    Ketua Pegawai Penguatkuasa Agama Jaim, Rahimin Bani berkata, berdasarkan siasatan lelaki terbabit datang setengah jam sebelum dia bersama wanita terbabit dicekup.

    Katanya, ketika itu wanita terbabit membuka pintu dan selepas anggota polis masuk dan membuat pemeriksaan menemui lelaki berkenaan di sebuah bilik.

    “Lelaki terbabit datang selepas suami kepada wanita itu keluar bekerja dan turut mengetahui temannya itu berstatus isteri orang.

    “Wanita itu memberi alasan dia mempunyai krisis rumah tangga dengan suaminya dan memberi alasan tidak mengetahui pukul berapa suaminya bekerja serta mengambil kesempatan mengajak lelaki berkenaan datang ke rumah,” katanya, di sini, semalam.

    Rahimin berkata, pasangan berkenaan sudah kenal sejak enam tahun lalu dan lelaki itu pula berstatus bujang.

    Ketika wanita berkenaan dan pasangannya dicekup, kedua-dua anak wanita itu tiada di rumah.

    “Kehadiran lelaki terbabit disedari penduduk sebelum membuat aduan kepada polis untuk menahan mereka kerana disyaki berkhalwat,” katanya.

    Katanya, pasangan terbabit ditahan mengikut Seksyen 53, Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991, kerana bersekediaman dengan bukan muhrim.

    “Sabit kesalahan boleh didenda sebanyak RM3,000 atau penjara selama 24 bulan atau kedua-duanya sekali,” katanya.

    Info Asal : Kosmo

    6 comments:

    1. pompuan pn muda lagi. bergetah lagi. mana tahan nafsu

      ReplyDelete
    2. Dunia akhir zaman. isteri ramai yg curang.

      ReplyDelete
    3. Er, masalah isteri, suami, anak, atau apa ya?

      ReplyDelete
      Replies
      1. masalah byk sgt baca cerita lucah. sampai terpengaruh dlm kehidupan.

        Delete
    4. watak-watak yg semakin tdk releven...
      telan jelahh

      ReplyDelete
      Replies
      1. ko nk yg mcm mana relevan?

        Delete