• Politik Terkini

    Wednesday, September 4, 2013

    BAN Balerr - China : Bandar Mati Hidup Semula Selepas Gempa Bumi

    Di China, bagai mati hidup semula, sebuah bandar yang pernah tenggelam akibat banjir sejurus berlakunya gempa bumi 5 tahun lalu muncul dengan pemandangan yang mengerikan seperti sebuah pekan hantu. Hampir 10 buah bangunan termasuk rumah, pejabat dan sekolah rendah telah slowly muncul dari air selepas bandar Xuanping musnah pada tahun 2008.

    Satu gempa bumi berukuran 8.0 pada skala Richter melanda kampung di Beichuan County, Wilayah Sichuan menyebabkan ia tenggelam sepenuhnya oleh air tasik bersebelahan. Pada bulan Julai lalu, tebing tasik yang mengalami kerosakkan teruk selepas banjir terbesar dalam 50 tahun di China telah menyebabkan air banjir untuk kembali surut.

    Paras air kini telah menurun dari 712 meter di atas paras laut kepada 703 meter, menyebabkan kemunculan semula bandar berkenaan. Malah, bendera kebangsaan China yang tergantung di tiang sekolah rendah Xuanping turut masih berada di tempat asalnya seolah-olah menanti untuk berkibar semula.Kebanykkan mereka yang pernah tinggal di bandar itu telah kembali ke kawasan tersebut untuk melihat kesan peninggalan yang ada di sekitar bekas rumah mereka.

    Kuarters kediaman kakitangan kerajaan dan unit pejabat muncul dari dalam air bersama-sama dengan bangunan lain dan kira-kira 10 buah rumah.Kemunculan semula bandar itu amat serupa dengan sebahagian daripada jalan cerita dalam rancangan sensasi, Channel 4 iaitu The Returned.Rancangan bersiri Perancis yang dijalankan di bandar gunung kecil di mana ramai orang mati muncul semula, seolah-olah mereka masih hidup dan normal.


    Info Asal : DrySheet

    7 comments:

    1. kalau muncul balik, ada ke org nk tinggal kat sini. tak pasal2 kena bala lagi

      ReplyDelete
      Replies
      1. hantar ko la pi duk sana

        Delete
    2. kt china byk betul benda pelik. cinabeng

      ReplyDelete
    3. pehh...lubuk woo utk pencari harta karun!!
      hahahahha

      ReplyDelete
    4. Mandi mayat mengingatkan mati tak akan biarkan perkara ini berlaku. Kunjungilah ke blog mandi mayat di http://mandimayat.blogspot.com

      ReplyDelete
    5. Bersyukur sangat-sangat perkara tu tidak terjadi di Malaysia.

      ReplyDelete