BAN K-POP - Mizz Nina Versi Hijabster Yang Menyejuk Hati Noh Hujan

Mizz Nina memang popular dengan nyanyi techno electro, ada sedikit peniruan ala lady gaga. Tapi most of their music more to electro. Pada pandangan aku la. Semua orang tau hujan yang pada dulunya cuma meniru gaya the strokes untuk dibawakan ke malaysia dengan versi melayu, but now hujan semacam dah ada imej tersendiri.

Harap mizz nina tak gabungkan nasyid + techno. Tapi boleh tak, dengan nyanyian bersama noh hujan. Versi hari raya 2014. Tak dapat aku bayangkan.


Jarang-jarang sekali penyanyi berkonsep urban pop Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina Azman tampil dengan imej berhijab sebegini.

Memang nampak manis dan ayu kan.

Gambar ini telah dikongsikan oleh suami kesayangannya, Noh Hujan menerusi laman Instagram, pagi tadi.

Rata-rata ramai peminat memuji penampilan Mizz Nina sebegini dan berharap dia dapat mengekalkan imej tersebut di masa hadapan.

Untuk makluman pasangan romantis, Nina dan Noh melangsungkan perkahwinan pada 1 Julai 2011 dalam satu majlis yang diadakan secara tertutup di kediaman keluarga Mizz Nina yang terletak di Ampang Jaya, Selangor.

Info Asal : MyNewsHub

Post a Comment

6 Comments