• Politik Terkini

    Wednesday, September 18, 2013

    BAN Seram - Ngap Sayot Santai Bawah Katil, Gila Ganas!

    Ngap sayopp. Gila kental. Buat ke buaya tu lapor, selamba je boleh ngap terus kaki. Hidangan tersedia indah kat atas. Nak ditambah cerita tahyul, kaki ko tercelup terkena sos tiram maggi, mau lagi sedap ngap sayop meratah dengan penuh enak.

    So, pada mereka yang rumah ditepi sungai yang mendayu dan air sepoi sepoi bahasa. Jenguk-jenguklah bawah katil. Kot bukan setakat buaya yang ada.


    HARARE, Zimbabwe - Seorang pengurus rumah tumpangan terkejut menemui seekor buaya sepanjang 1.2 meter berada di bawah katil tempat dia tidur pada malam sebelumnya.

    Reptilia seberat 136 kilogram (kg) itu dipercayai menyusup masuk ke Rumah Tumpangan Humani dari sebatang sungai berdekatan baru-baru ini.
    Buaya tersebut bersembunyi di bawah katil lelaki berkenaan, Guy Whittall selama lapan jam.
    "Saya menjuntai kaki semasa duduk di katil selepas bangkit dari tidur. Saya langsung tidak sedar di bawah katil itu ada seekor buaya," kata Whittall.

    Lelaki tersebut yang berusia 40 tahun hanya menyedari kehadiran tetamu tidak diundang itu ketika menikmati sarapan di dapur rumah tumpangan berkenaan.

    Ketika itu, dia mendengar jeritan seorang pekerja yang masuk untuk mengemas biliknya.

    Beberapa pekerja rumah tumpangan tersebut bergabung tenaga untuk menangkap buaya berkenaan dan membebaskan reptilia itu ke habitatnya.

    Info Asal : Kosmo

    6 comments:

    1. agak2 dia gigit tak.

      ReplyDelete
    2. macam mana diorang boleh tak perasan buaya sebesar itu masuk bilik...

      ReplyDelete
      Replies
      1. buaya tu dtg berlumba lumba

        Delete
    3. oh tu mesti seekor buaya sumpahan, sekali skala dia teringin nak lepak kat dlm rumah manusia semula...

      ReplyDelete
    4. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete