• Politik Terkini

    Sunday, September 22, 2013

    BAN Sihir - Demi Janda, Isteri Di Sihir Suami

    Seks punya pasal. Mintak jauh dari semua ujian macam ni. Maybe terlalu taksub dengan sihir sehingga pemikiran dikuasai oleh setan dan jin. Kepuasan yang halal tidak dirasai, tapi yang haram dipuja. Memang sihir boleh menjahanamkan seseorang, percaya or tidak, ramai dah menjadi mangsa. Sebab tu kita kena selalu beringat dengan sesiapa saja disekeliling.


    Bagi memastikan isteri tunduk dan menyembunyikan hubungan sulitnya dengan janda, seorang lelaki tergamak menyihir isterinya termasuk menyediakan makanan mengandungi benda kotor seperti kuku dan rambut selain menjalankan upacara syirik dalam bilik di rumah mereka.

    Lebih memalukan, lelaki berkenaan sanggup menipu isterinya kononnya dia mahu menunaikan solat sunat dalam bilik berkenaan, walhal dia sebenarnya melakukan upacara pemujaan menggunakan sebilah keris dan asap kemenyan.
    Itu antara sihir yang dilakukan suami kepada seorang wanita yang hanya ingin dikenali sebagai Surina, 34, sepanjang tempoh perkahwinan mereka dari 2004 hingga 2010.

    Rahsia itu terbongkar selepas Surina menemui bekas asap kemenyan dan keris kecil yang disembunyikan suaminya ketika mengemas bilik berkenaan beberapa bulan selepas perkahwinan mereka.

    Bagaimanapun, dia masih mampu bertahan selama enam tahun disebabkan ilmu sihir suaminya hingga tiada langsung perasaan marah ketika berdepan lelaki itu.

    Info Asal : HMetro

    6 comments:

    1. Dunia akhir zaman. setan dipuja.

      ReplyDelete
      Replies
      1. ni semua msti ada kaitan freemason

        Delete
    2. nak puaskn nafsu punya psl.

      ReplyDelete
    3. Ada masa kami SERIUS, banyak masa kami MEREPEK. Ada masa kami MENGUTUK, banyak masa kami DIMAKI. Ada masa kami GENIUS, banyak masa kami GILA. Ada masa kami COOL, banyak masa kami MORON. Ada masa kami PENCINTA WANITA, banyak masa kami PERVERT. Ada masa kami BERBARIS dan BERPAKAT, banyak masa kami LUDAH semuanya. Never Fear, We Are Your Friendly Stupidhood!

      ReplyDelete
    4. Janda pun nak. heran aku.

      ReplyDelete
    5. kesiannya, lama si isteri tu menderita...

      ReplyDelete