BAN Ops - Gangster Atau Pekerja Seks, Mana Satu Ni ?

Lain yang dicari, lain yang dapat. Cari gangster, dapat pi tangkap awek pelacur. Tapi atas dasar ops cantas. Aku bukan nak pertikaikan kerja polis. Tapi aku cuma nyatakan pendapat aku. Sebab aku heran, dalam tv duk kata ops cantas ni membanteras jenayah. Haritu ada blogger tulis berkenaan roadblock ops cantas tapi sekat kereta low class, motor low class.

Dan paling tak masuk akal, lesen perjudian dibenarkan, lesen tempat hiburan disediakan, nak minum arak secara terbuka takde masalah. Tapi tiap tahun duk buat kerja sama, sampaikan operasi ditempat sama berkali-kali. Masih beroperasi.

Adakah operasi semata-mata nak menutup mata rakyat ke mcm mana. Kes pecah rumah tetap ada, kes rompakan tepi jalan tetap ada.


Seramai 31 individu termasuk warga asing ditahan dalam Ops Cantas Khas yang dijalankan di beberapa pusat hiburan serta rumah urut sekitar Serdang dan Klang Utara sejak malam kelmarin.

Dalam serbuan yang dijalankan pada jam 9.30 malam itu, Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Selangor menyerbu enam premis di Bandar Baru Klang, Meru, Seri Kembangan dan Bandar Puteri Puchong.

Pegawai Turus D7 Selangor, Deputi Superintendan Rohan Shah Ahmad berkata, daripada jumlah tersebut, 25 daripada mereka adalah warga asing.

Beliau berkata, pihaknya menahan 12 wanita Vietnam, lima wanita Thailand, empat wanita China serta seorang wanita Indonesia.

Katanya, turut ditahan tiga lelaki, masing-masing warga Indonesia dan dua warga China.

Menurutnya, semakan mendapati semua wanita asing itu bukan sahaja bekerja sebagai tukang urut, malah turut menawarkan perkhidmatan seks kepada pelanggan mereka.

“Kesemua mereka dikesan melakukan kesalahan di bawah Akta Imigresen dan Sek:3 UU Kecil Pusat Kecantikan & Penjagaan Kesihatan 2007,” katanya.

Info Asal : SinarHarian

Post a Comment

8 Comments

  1. Jgn pertikai kerja polis. polis kn bijak. rakyat je bodoh. yg mencuri pun rakyat. kdg2 je polis terima rasuah. alaaa manusia.

    ReplyDelete
  2. biasala la, kerajaan keluarkn lesen, dia suh pnjwt awm pi banters. nantikn pjwt awm xda kerja.

    ReplyDelete
  3. Bhai Carlos...

    Hahaha... ini namanyer serampang lapan belas mata.... hahaha.... kaut duit dekat lesen... kaut duit kat pow.... kaut duit kat tahanan... kaut duit kat jual balik.... kaut duit kat semua cabang,,,,, cycle dier berpusing sekali lagi... dan lagi... dan lagi.... hahaha

    ReplyDelete
  4. Cuba hang gie kat bus stop kat Bukit Bintang... kat tempat bas free ke KLCC... ada rumah urut... biasalah rumah urut tapi yang siotnya... siap ada iklan body massage...

    ReplyDelete
    Replies
    1. itulah namanya bisnes. nanti rakyat bising, depa pi buat rush sekali. bleh tengok awek seksi time rush. mau keras kote

      Delete
  5. kan kerajaan dh ckp. dia nk lagi 14 billion. banyak lagi duit nk bagi menteri enjoy 2014 ni.

    ReplyDelete