• Politik Terkini

    Thursday, October 24, 2013

    BAN Seks - Ereksi Normal, Tapi Cepat Kendur. Ketahui Apa Sebabnya

    Ereksi awal, Ibarat mati sebelum enjin panas. Lembik sebelum bleh main. Aku pernah dgr pakcik jual ubat kaki 5 sembang, dia ckp hal ni jangan buat main and senang berlaku pada mana2 lelaki yang suka melancap or onani. Tambah lagi dgn keadaan sekarang, video lucah dihujung jari. Dengan SKMM yang hanya batuk dicelah lubang hidung. Google je, terus link ke web lucah. Nak taknak, itulah dunia realiti hari ni. Yang terpaksa ditempuh oleh ibubapa generasi Y.

    Maybe ada setengah tu buat dono and tak amik port. Sebab katanya banyak ubatan dan ramuan kat kedai ubat cina and farmasi. Makan main hentam, hari2 duk stim sorang2. Bila berpasangan, mula tak keruan.

    Saya lelaki berumur 24 tahun dan amat gemarkan hubungan kelamin sejak berumur 18 tahun. Saya juga sering melakukan onani tapi tidak mengamalkan seks bebas.

    Masalah kini ialah ketika melakukan hubungan kelamin untuk kali pertama, saya mengalami ereksi yang baik tapi sukar untuk tahan lama.

    Selepas kali pertama, saya mengambil masa agak lama untuk ‘bangun’ kembali walaupun dirangsang pasangan. Malah, selepas menegang, kadangkala alat kelamin saya mengendur selepas penetrasi secara tiba-tiba.

    Jika bangun tidur, kebiasaannya zakar saya akan mengalami ereksi normal tetapi jika pada malamnya saya mengadakan hubungan kelamain, keesokan paginya ia tidak akan mengalami ereksi seperti biasa. Apa masalah yang saya hadapi doktor?

    Jack
    Kuala Lumpur

    Tahniah kerana anda sanggup menunggu untuk berkahwin dulu sebelum melakukan hubungan kelamin kali pertama. Anda juga menyatakan anda aktif dalam soal seks sebelum kahwin. Anda hanya mengguna tangan dan mendapat inspirasi seksual di depan skrin komputer.

    Anda boleh bayangkan pengalaman itu tidak sama dengan orang yang sudah biasa melakukan hubungan kelamin dengan perempuan (dalam konteks perkahwinan). Anda banyak berkhayal dan menggunakan tangan untuk mencapai keseronokan. Selepas klimaks, anda tidak ulangi atau jarang melakukannya lagi. Jadi tidak hairan jika pengalaman seks untuk kali pertama dengan pasangan seperti yang anda jelaskan itu.

    Bagaimanapun, sekurang-kurangnya anda dapat menyesuaikan diri dengan pasangan. Anda dapat berintiman dengan pasangan, melakukan sentuhan pemanasan sebelum melakukan penetrasi. Tenaga yang anda gunakan untuk itu lebih daripada tenaga yang diguna bagi melakukan onani. Tidak hairanlah jika anda letih dan tidak bermaya untuk mengulangi seks penetrasi dengan pasangan.

    Dalam keadaan letih sudah tentu anda tidak dapat menghayati tidur yang biasa dikaitkan dengan pencapaian ereksi pagi. Itu bukan petanda apa-apa kerana ia berlaku atas sebab yang tidak dapat dielakkan. Anda perlu bangga tidak dibelenggu dengan amalan onani lagi!

    Kini anda sudah ada pasangan dan boleh dapatkan inspirasi daripadanya. Anda perlu teruskan perjuangan dengan mengamalkan gaya hidup sihat, makan makanan seimbang, melakukan senaman berkala, berhenti merokok dan jauhkan diri daripada filem lucah.

    Jika badan sihat, otot tegap dan stamina kuat, anda akan dapat menghayati hubungan intim lebih bergelora dan meyakinkan bersama pasangan.

    Info Asal : Hmetro

    8 comments:

    1. aku syorkan buat satu hari la. "hari tanpa melancap"

      ReplyDelete
    2. hari melancap sedunia patut diberi penekanan kursus. Supaya lelaki masa hadapan lebih gagah perkasa. Ibarat perkasa berdemostrasi

      ReplyDelete
    3. keluar khuruj 3 hari , 40 hari dan 4bln d jalan Allah. insyallah semua nya dtg dr Allah , yg terjadi semata2 dgn izin Allah..nk selesai masalah amal perintah Allah, dan ikut sunnah NAbi. sbg lelaki islam, bg masa,diri dan harta keluar 3 hr, 40hr dan 4 bln d jalan Allah, dan anda akan tau mcm na nk jd lelaki yg baik ( jaga waktu solah, jaga perintah Allah, amal sunnah termasuklah menjadi suami yg dpt melaksanakan hak2 terhadap Allah, rasul dan isteri. salam.
      p\s kalo nk baik itu ini kena byk pakai belanja... kesianla org miskin. so Allah dah ajar nk selesaikan segala masalah melalui sunnah nabi SAW..

      ReplyDelete
    4. doktor, bagaimana kalau saya melancap, ereksi saya menjadi lebih aktif & lebih kerap~

      *jejaka setia pada yang dua*

      ReplyDelete
      Replies
      1. apa ubat ko mkn? berape kali sehari ko melancap?

        Delete
      2. mana makan ubat~
        sehari sekali je la~
        tapi letih la sebab di tempat kerja pun tiang bendera asyik naik je~ segan saya dibuatnya~ ~_~

        Delete
    5. This Is What You Really Want !!
      Something That Beyond Your Imagination !! >>> CLICK HERE !!

      ReplyDelete