• Politik Terkini

    Monday, November 4, 2013

    BAN Batin - Keletihan Lesu Punca Ereksi Batin Lelaki Lemah

    Masalah seks lelaki vs seks wanita. Kalau cakap bab seks. Konfem ramai yg suka. Baik lelaki @ wanita. Bezanya pompuan ni dalam diam and tak suka digembar gembur. Tapi bila tibanya tarikh perkahwinan dan ikatan yg sah. Soal seks semestinya bermain difikiran lelaki dan pompuan.

    Why aku ni terlebih sangat berbicara soal ni. Apa penting sgt ke seks ni. Aku share this knowledge untuk pengetahuan aku juga and readers bankami.net. Ko nak pikir lucah, tu ko punya pasal. Aku bagitau untuk kesihatan Jantan.

    Lelaki sudah pastinya akan mengalami ereksi jika terdapat tindak balas rangsangan seksual. Ia adalah perkara biasa bagi seorang lelaki jika dia tidak mempunyai apa- apa masalah kesihatan dan mempunyai tubuh badan yang baik.

    Begitupun, jika keadaan tidak mengizinkan seperti ketika keletihan atau tekanan misalnya, tindak balas seksual tidak atau sukar untuk berlaku. Namun, ereksi masih boleh berlaku jika ia dipaksa tetapi akan memberikan kualiti ereksi yang berkurangan seperti tidak keras atau tidak cukup padat. 

    Bagi mereka yang tidak mengamalkan gaya hidup sihat, situasi ini boleh berlaku kepada mereka bila-bila masa saja. Pesanan untuk kaum lelaki, jika anda mahukan daya ereksi yang terbaik, sentiasalah mengamalkan gaya hidup sihat. 

    Senaman berkala seperti joging, berjalan atau berenang dapat membantu menyihatkan badan. Senaman ini dapat membina stamina yang amat diperlukan ketika mahu bersama pasangan. Senaman kegel atau senaman ‘kemut’ juga membantu memantapkan benteng zakar.

    Senaman ini boleh dilakukan empat hingga lima kali sehari dan setiap kali hanya dua atau tiga minit saja sudah mencukupi. Namun jika anda masih mendapati kemampuan ereksi kurang padat atau kurang meyakinkan, segera berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan kesihatan.

    Sesetengah lelaki gagal mempunyai daya ereksi mantap walaupun mengamalkan gaya hidup sihat kadangkala mempunyai masalah kesihatan dalaman. Ia seperti kemunculan penyakit kronik kencing manis atau tekanan darah tinggi. 

    Jika kebetulan anda mengalami masalah peningkatan kolesterol dalam darah, anda perlu mendapatkan rawatan kerana masalah ini turut memperlahankan perjalanan darah ke dalam otot zakar

    Sesetengah lelaki mengesyaki keadaan buah zakar kiri kelihatan lebih besar dan menyangka ia berkaitan dengan masalah lemah syahwat. Bagaimanapun, tanggapan itu salah. Jika anda berasa ragu selepas membuat pemeriksaan kendiri terhadap zakar, lebih baik anda berjumpa doktor untuk menjalani pemeriksaan. 

    Jangan sekali-kali memakan ubat kuat atau apa-apa alat untuk zakar yang dijual secara berleluasa di pasaran luar. Semua itu mungkin tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa dan kemungkinan diperbuat daripada bahan tiruan. 

    Justeru, nasihat doktor adalah jalan penyelesaian terbaik bagi mana-mana lelaki yang mengalami masalah lemah tenaga batin.

    Info Asal : HMetro

    7 comments:

    1. faakkkkkkkkkkkkkkkkkkkk

      ReplyDelete
    2. kalau mkn mcd byk2. jadi kuat seks tak"

      ReplyDelete
    3. kalau suami kuat seks, bini pun kena jaga skali. nantikn suami nak tiap2 hari, bini tak mampu. mcm mana tu

      ReplyDelete
    4. suami nak tiap-tiap hari perkara biasa, tapi kalau 1 hari 3 kali, dgn satu sesi melebihi 30 minit itu luarbiasa!

      ReplyDelete