BAN Samun - Mati Selepas Menyamun Gadis Mengutip Duit Amanah Ikhtiar

Mati tu tak pasti. berbillion duit ko curi pun, berjuta penipuan ko buat pun. Beratus helikopter, kapal terbang ko naik untuk lari dari polis. Malaikat maut tetap kat tepi ko. Tunggu green light untuk cabut nyawa jer. Saper tak kenal malaikat maut, saper tak tau mati tu pasti. Tapi ada jer yang bangang. Paling butthurt lagi meleis yang tipu melayu untuk dapatkan seribu dua ribu. Macam la tipu tu boleh jadi kaya mengalahkan bill gate.

Satu kejadian samun telah berlaku pada 27/11/2013 @ 12.30pm di tepi jalan Kg Temin , Sungai Siput, Perak.

Suspek merupakan 3 Lelaki Melayu telah menyamun seorang perempuan Melayu yang baru selesai mengutip duit amanah ikhtiar. Mangsa yang sedang memandu kereta proton saga BLM putih telah dihimpit kereta proton Wira yang dipandu suspek menyebabkan kereta mangsa berhenti.

Dua daripada Suspek yang berparang telah menyamun dan melarikan kereta mangsa setelah mangsa berjaya keluar dari kereta miliknya yang dirampas suspek.

Kereta mangsa yang dilarikan suspek yang dinaiki 2 lelaki tadi kemudian telah bertembung dengan sebuah lori di selekoh kubur Kg Temin . Akibat kemalangan itu seorang suspek mati di tempat kejadian . Seorang lagi mati di hospital kerana cedera parah manakala rakan suspek yang memandu kereta proton Wira menghilangkan diri.


Info Asal : HamliaAbdullah

Post a Comment

4 Comments