• Politik Terkini

    Sunday, December 29, 2013

    BAN Pelacur - Foynes Senaraikan Malaysia Antara 5 Negara Paling Ramai Pelacur

    Kalau ko dengar la research pasal ni. Then ko sendiri duduk di bandar pesat kat malaysia. So apa pandangan ko. Kalau kat PJ, Klang, Brickfield. Tak payah cakap. Memang ada port mcm ni. Kat negeri lain aku tak berapa pasti. Even kat kelantan yang negeri dikawal tanpa hiburan pun ada pelacur secara halusi.

    Kalau ko baca sendiri dalam paper bleh dikatakan setiap hari ada jer tangkapan pelacur. So what, dah bertahun aku rasa paper keluarkan. Apa tindakan kerajaan. Sita lesen tapi still berdegil beroperasi. Pendatang asing terus menerus menerjah masuk pasaran malaysia. Gaji ciput, mcm mana nak hidup di kota. Jalan pintas bagi pompuan "melacur".

    Nak banteras pelacuran tapi lesen arak, lesen kelab judi, lesen disko tetap dikeluarkan. Takde pun ditutup. Tindakan setakat tauke kena denda then pelacur kena tangkap. Lepas kena tangkap takkan nak simpan dalam jel berpuluh tahun. Lepas jugak kan. Masalah tak selesai jugak.  Tindakan tegas tutup terus semua pusat hiburan. Tarik semua license. Amik pekerja asing yang berkualiti. Bukannya main sapu je!

    Amat mengejutkan apabila Malaysia termasuk senarai lima negara di Asia ini mempunyai jumlah pelacur paling ramai. Perkara ini telah didedahkan oleh laman web liveandinvestoverseas.com, iaitu sebuah laman web peneliti industri pelancongan dikarang oleh Denis Foynes. Dari data yang dikumpulkan Foynes, berikut merupakan negara Asia yang mempunyai paling ramai pelacur.


    Lima Negara Asia Paling Ramai Pelacur, Malaysia Turut Tersenarai

    1. Korea Selatan
    Foynes melaporkan 110 dari 10 ribu orang Korea Selatan terdiri dari pelacur. Pada awalnya, hanya beberapa kawasan yang dibolehkan bagi para wanita ini menjual diri namun akhirnya, setiap daerah telah pun mempunyai organisasi pelacurannya sendiri. Jika ini jumlah yang sebenar, maka dengan populasi 50 juta penduduk Seoul, Korea Selatan mempunyai kira-kira 550 ribu orang pelacur.

    2. Filipina
    Kelab malam dan kafe-kafe yang menghidangkan minuman beralkohol sememang merupakan salah satu dari pelancongan yang ditawarkan di Filipina. Golongan perempuan bekerja sebagai pelayan bar namun tidak berhenti setakat itu sahaja. Kebanyakkan dari mereka juga menjual diri walaupun dari segi undang-undang, pelacuran ada lah satu kesalahan di Filipina. 

    Menurut Foynes, sekitar 85 orang dari 10 ribu penduduk Filipina adalah pelacur. Ketika ini, populasi penduduk negara itu adalah seramai 97 juta orang. Itu bererti sekitar 800 ribu orang di Filipina adalah wanita golongan pelacur.

    3. China
    Pelacuran merupakan perniagaan yang boleh dijalankan menurut undang-undang di China, berikutan ia tergolong dalam industri pelancongan dan sering dilanggan oleh pelancong asing. Dengan populasi 1.3 juta warga China ketika ini, kira-kira 60 orang dari 10 ribu rakyatnya adalah pelacur. Ertinya di sini, China mempunyai 7.8 juta wanita yang bekerja sebagai pelacur.

    4. Malaysia
    Walaupun Malaysia merupakan sebuah negara Islam, ia tidak menghalang negara ini dari memiliki sejumlah pelacur yang agak ramai. Sekitar 52 orang dari 10 ribu penduduk dengan populasi sebanyak 30 juta orang telah membuatkan negara ini memiliki sejumlah pelacur seramai 156 ribu orang.
    Bahkan, Amerika Syarikat juga telah menyenaraikan Malaysia sebagai negara dalam daftar hitam perdagangan manusia dan pelanggaran hak asasi manusia dengan kekerasan. Di negara ini juga didapati terdapat berlakunya pelacuran kanak-kanak.
    5. Thailand
    Sekitar 45 orang dari 10 ribu rakyat Thailand terlibat dalam kegiatan pelacuran. Meskipun dibenar oleh undang-undang, namun pemerintah Negara Gajah Putih ini sangat bertoleransi dalam memantau industri ini pada hal, ia mampu menarik lebih ramai pelancong untuk datang menikmati sajian seks.

    Di pelbagai tempat pelancongan di Thailand, hampir setiap malam diadakan pesta yang mampu mengundang kepada pelacuran. Para peniaga cenderamata dikatakan turut sering menyewakan tempat mereka bagi para pelancong melepaskan nafsu syahwat mereka. Dari jumlah yang telah disebutkan, dengan bilangan populasi penduduk seramai 67 juta orang , ini bererti bahawa kira 299 ribu wanita Thailand adalah pelacur.

    Info Asal : OhDunia

    11 comments:

    1. pelacuran ni bisnes. ramai bapak ayam kaya raya dgn bisnes ni. kalau tak dibendung. Habislah 10 tahun lagi. berlambak anak luar nikah

      ReplyDelete
    2. Pelik ke. kalau PRU je xhabis dgn berita lucah. menteri tu terlibat, menteri ni terlibat. kalau atas pun banyak taik. bawah lagi la penuh taik.

      ReplyDelete
    3. Pelik jugak analisa ni. Macamana Malaysia duduk tempat atas Thailand. Ada yang tak kena ni.

      ReplyDelete
      Replies
      1. ape nk peliknya... kat malaysia terkenal dgn genting highland. tempat judi terbesar. nak bertanding katanya...

        Delete
    4. Boleh melacur bila terdesak fatwa ustazah Mashit

      ReplyDelete
    5. Mashit kan dah fatwa boleh melacur bila terdesak.Melayu dah undi UMNO jadi bermakna bersetuju

      ReplyDelete
    6. MENJUAL JIMAT JUDI, JImat CINTA
      ASLI DAYAK borneo Kalimantan
      JIMAT HypNotis DAYAK, Minyak Cinta DAYAK,
      ada di: www.dayaka8.blogspot.com

      ReplyDelete
    7. gila, biar betul? jepun pun kalah? damn... malaysia lg ramai hentai rupanya, this is so sickening...

      ReplyDelete
    8. Ko ingat fakta luar ni boleh percaya sangat ke? Siapa Foynes tu yang keluarkan data pelacur kat Malaysia ni? ntah² lokasi Malaysia pun die xtau kat mane. Jangan telan bulat² ape yang dikeluarkan oleh pihak luar tu.. Lagi² dari negara US...

      ReplyDelete