• Politik Terkini

    Monday, December 9, 2013

    BAN Syiah - KDN Cakap, Dia Ada Bukti Pemimpin Pas Syiah. Eh?

    Syiah Sunni. Dari dulu sampai la ni. Tak settle and asyik berkelahi. Ko cakap aku salah, aku cakap ko salah. Kat mekah selamba je dua2 pi keliling kaabah. Yang duk pung pang nak agungkan islam, tapi buat show panggil retis seksi, golek selamba. Rancangan dalam tv yang tunjuk bontot goyang takde sekatan. So, in future generasi baru makin confuse. Mane satu betul and mane satu salah.

    Ye aku tau, nanti ada yg cakap. Takkan terpesong. Ikut je BN, takkan terpesong, ikut je PAS. Then timbul pulak PKR. Dasar perjuangan menegak keadilan pemerintahan. Israel bedil palestin, selamba je. Myanmar hentam muslim rohigya selamba je. Sukma diteruskan, nak pingat emas and tempah nama sebelum malaikat maut datang.

    Kementerian Dalam Negeri dipercayai akan mendedahkan bukti pembabitan pemimpin tertinggi Pas dalam gerakan Syiah di negara ini esok.

    Sumber memaklumkan, pendedahan itu perlu untuk menyedarkan rakyat ajaran Syiah yang difatwakan haram oleh Majlis Fatwa Kebangsaan sudah merebak ke dalam Pas.

    Menurut sumber itu, pendedahan tersebut kemungkinan besar akan dibuat sendiri Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi selepas pulang daripada lawatan kerja rasmi di Brunei.



    "Kementerian Dalam Negeri mempunyai semua bukti pembabitan pemimpin tertinggi Pas dalam gerakan Syiah dan menyedari fahaman ini jika tidak ditangani memberi ancaman kepada keselamatan negara.

    "Lebih bahaya kerana Syiah sudah merebak ke dalam parti politik seperti Pas sedangkan Islam di Malaysia bertunjangkan Ahli Sunnah Wal Jamaah," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

    Semalam, Ahmad Zahid yang juga Naib Presiden UMNO semasa sesi penggulungan Perhimpunan Agung UMNO 2013 mendedahkan Kementerian Dalam Negeri mempunyai maklumat dan bukti berhubung kewujudan pemimpin Pas yang menyokong gerakan Syiah.

    Beliau sehubungan itu menuntut keberanian serta komitmen politik daripada Pas menolak pemimpin terbabit dan hairan bagaimana pengamal ajaran Syiah boleh diangkat sebagai pemimpin tertinggi.

    Selain itu, Ahmad Zahid juga memaklumkan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah menolak permohonan Majlis Syiah Malaysia untuk didaftar sebagai pertubuhan sah.

    Info Asal : Utusan

    5 comments:

    1. sembang kencang. tak perlu bayar. tup2 masuk mahkamah tutup kes. tersilap cakap. puiii!

      ReplyDelete
    2. dalang lahad datu sampai ke hari ni x bgtau... x mau bagtau ka x tahu @ ikut suka lu shj ckp sbb nak tutup mulut busuk umngok!

      ReplyDelete
      Replies
      1. hahahaha... tunggulah sekali lagi perang. dia bgtau la sape. gimik umno terdesak.

        Delete