BAN CuriMalaysia - Guruji Punya Hal, Pejabat Akhbar Tamil Kena Pecah

Aku pun tak tau pasal guruji ni.. Tapi menurut akhbar tamil. Pejabat dia kena pecah sebab bongkar pasal ni. TV3 pun takde kecoh pasal ni.. Malaysia masih aman kot.. Sampai kena ugut macam ni..


  • Tiga lelaki bersenjatakan parang dan batang besi memecah pejabat sebuah akhbar harian Tamil di Kuala Lumpur hari ini.
  • Lelaki bertopi keledar penuh (full faced) itu memecah pintu pejabat mereka di Jalan Ipoh kira-kira jam 11 pagi.
  • Akhbar itu mendakwa lelaki itu mencari Periasamy berhubung berita mengenai dakwaan berkaitan pemimpin kerohanian "Datuk Seri Guruji".
  • "Mereka memecah pintu kaca, meja kaca dan lima buah komputer di tingkat bahagian pengurusan pejabat berkenaan," katanya yang tiada di pejabat semasa kejadian.

Lelaki tidak dikenali itu turut didakwa merampas dua telefon bimbit dan wang tunai kira-kira RM200 dari kakitangan Tamil Malar.

  • Sementara itu, Editor Tamil Malar Rajeswary Ganesan berkata ini bukan insiden pertama berkaitan liputan terhadap Guruji ini.
  • Menurut beliau sejak mendedahkan dakwaan berkaitan Guruji Disember lalu, mereka telah beberapa kali mendapat ugutan agar menghentikan liputan oleh lelaki tidak dikenali.
  • "Bagaimanapun kami tidak akan berhenti dari menulis mengenainya.
  • "Hari ini kami menulis yang Guruji boleh menyaman kami jika beliau menafikan, tapi sehingga kini beliau mendiamkan diri," kata beliau ketika ditemui Malaysiakini di pejabatnya.

Parang diacu ke leher

  • Rajeswari berkata dua kakitangan wanita yang berhadapan serangan lelaki tadi kini dalam keadaan trauma.
  • "Pegawai akaun kami yang bersendirian (di bilik tingkat bawah) diacukan parang ke leher. Dia masih trauma," kata beliau.
  • Bulan lepas, laporan terhadap insiden lain dibuat di balai polis sama dan Periasamy mendakwa pengikutnya membuat kacau di pejabat mereka.
  • Laporan dibuat terhadap Rajayoga Power Transcendental Meditation Center Sdn Bhd (RPT) yang diasaskan V Balakrishan, yang lebih dikenali sebagai "Datuk Seri Guruji".


Info Asal : Mkini

Post a Comment

2 Comments