BAN Harga - Satar Naik Harga Sebab Daun Pisang Naik Harga. #BetulkeBohong

Haritu pm bagitau indeks kangkung negara. Now dah jadi demostrasi. Giler kentang punya, sampai bertumbuk sambal belacan. Dah terlebih garam asam hidup la tu sampai nak bertumbuk. Melayu bodoh vs cina bodoh. Sama2 bodoh, bertumbuk sambal sama2.

Nawaitu ramadan nak rasa harga murah dah tak bleh. Kena naik kereta back to the future untuk kembali ke zaman tun razak.. Time tu harga murah kot. Dengan berbekal duit 20 ringgit lama. Aku rasa bleh lagi buat transaksi.

Satar naik harga.. Katanya daun pisang naik harga. Kos minyak nak buat import export dari thailand dah berapa. Maner tak naik harga.. Ahhh, lantak lah.. Nanti ada la tu menteri tolong bagitau sebab yang relevan tahap kangkung goreng belacan.



  • Kenaikan harga daun pisang menjadi punca harga satar di Geliga dan Kuala Kemaman menjadi RM5, berbanding harga sebelum ini RM4.
  • Peningkatan harga sebanyak RM1 itu untuk menampung kos daun pisang yang naik mengejut dari RM15 kepada RM20 sepeket dengan berat kira-kira 5kg.

Peniaga, Zamzarinawati Mohd Ganti, 33, berkata, keadaan itu menyebabkan peniaga tiada pilihan selain terpaksa menaikkan harga satar bagi menampung kos yang semakin meningkat.

  • “Saya mula jual satar dengan harga RM5 untuk 10 biji pada bulan puasa tahun lalu setelah daun pisang mula naik harga. Sejak itu, harga satar masih kekal sehingga sekarang walaupun harga isi ikan naik 50 sen untuk setiap kilogram sejak musim tengkujuh melanda negeri ini.
  • “Dahulu harga isi ikan ialah RM7.50 sekilogram dan sekarang dah jadi RM8. Kami para peniaga masih  bertimbang rasa terhadap pembeli,” katanya.
  • Menurutnya, bekalan daun pisang yang dibelinya datang dari Thailand, justeru harganya mengikut harga pasaran yang bergantung pada bekalan dan permintaan.


Selain satar, satu lagi makanan tradisional popular yang menjadi identiti Kemaman iaitu otak-otak turut naik harga daripada RM4 kepada RM5 untuk 10 biji.

Jelas Zamzarinawati, semasa musim hujan pada Disember lalu harga kelapa juga naik kepada RM3 sebiji namun, harga kelapa kembali turun kepada RM2 sebiji ketika ini sekali gus membolehkan peniaga menarik nafas lega kerana kelapa adalah bahan utama dalam penyediaan satar dan otak-otak.

Info Asal : SinarHarian

Post a Comment

5 Comments

  1. hujan jer yg turun tiap tahun. yg lain semua naik...

    ReplyDelete
  2. Satar ni apekebenda?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sejenis coklat yg digoreng then dicelup dgn kuah laksa pinang.

      Delete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
    Replies
    1. main delete mcm ni.. ko apehal admin!

      Delete