• Politik Terkini

    Sunday, January 19, 2014

    BAN #Kangkung - Perarakan Backup Kangkung, Rakyat Perli Di SinarHarian

    Ape punya kerja la.. Takde kerja ke nak demostrasi kat jalanan.. Isu bagi makan kangkung jadi hot sekarang ni. Jangan lepas ni kangkung dah takleh nak eksport.. Nantikan berlambak kangkung terbengkalai.. Tapi harga kangkung memang mahal.. Eh silappp.. Harga kangkung dah turun. Nantikan ada yang cakap, time harga turun takder plak bising...

    Paling hot and spicy, katanya lepas ni akan ada lagi demostrasi #kangkung ni.. Ape bleh buat... Kita tengok and layan jerla muka seposen masuk tv... Yang sadisnya komentar kat sinarharian begitu teruja pulak tu... Tu aku copypaste skit... nk banyak and bergelak ketawa ko baca jerla kat sinarharian..


    • Beberapa NGO dan parti politik menggerakkan ahlinya untuk berarak dan berhimpun di hadapan pusat beli-belah Sunway Carnival hari ini bagi membantah tindakan Adun Machang Bubuk, Lee Khai Loon menghina perdana menteri.
    • Perhimpunan yang diketuai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Pulau Pinang, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican itu bermula di Jalan Todak sebelum berarak hampir satu kilometer sambil membawa pelbagai sepanduk ke pusat beli-belah terbabit.
    • Perhimpunan yang diadakan adalah untuk menunjukkan bantahan terhadap tindakan pemimpin PKR yang menyumbat kangkung ke dalam karikatur Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
    • "Justeru, satu lagi perhimpunan akan diadakan esok di Alma bagi memastikan suara umat Islam di negeri ini didengari semua pihak," katanya.
    • Rabu lalu, Khai Loon memuat naik gambar terbabit melalui akaun Twitternya menerusi program flash mob "I Love Kangkung" bagi membantah kenaikan harga barang di tapak pasar malam Alma.

    Info Asal : SinarHarian

    5 comments:

    1. kah kah kah.. butthurt sbb kna kangkung.. kesian!

      ReplyDelete
    2. hari ni berapa harga kangkung sekilo tempt korang?

      ReplyDelete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete
    4. Menjadi kritikal kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ternyata boleh memakan diri, termasuk daripada rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat.

      Begitu yang terjadi kepada seorang Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) PAS Saari Sungib (kiri).

      “Dalam dewan (negeri), saya agak kritikal kepada JAIS dan saya selalu diingatkan, 'YB, kalau hendak komen lakukan di belakang tabir. Jangan komen secara terbuka.'

      “Jadi inilah tradisinya – kepercayaan apabila kamu jadi benteng Islam, kamu tidak boleh dipersoal. Kamu dilindungi oleh pihak berkuasa.

      “Apabila saya usulkan untuk bahasa tentang JAIS, saya ditegur. Saya dikritik,” kata ADUN Hulu Selangor itu.

      Sebagai contoh, kata Saari, beliau pernah mencadangkan usul tergempar bagi membahaskan penangkapan kontroversi Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainal Abidin kerana menyampaikan ceramah agama tanpa tauliah.

      Bagaimanapun usul itu ditolak oleh speaker ketika itu Datuk Teng Chang Khim.

      Alasan diberikan, kata Saari, ia bertentangan dengan hasrat sultan, sementara laporan pada masa itu menyebut perkara itu tidak perlu disegerakan.

      Beliau berkata demikian ketika melancarkan buku Contemporary Islamic Discourse in the Malay-Indonesian World oleh zamil National University of Singapore Azhar Ibrahim dan Wacana Pemikiran Reformis oleh Pengerusi Islamic Renaissance Front (IRF) Ahmad Farouk Musa semalam.

      ReplyDelete