• Politik Terkini

    Tuesday, January 28, 2014

    BAN Konflik - Najib Dan Nazir Bergolak Gara-gara Artikel Nazir

    Saper kata adik beradik selalu sebulu. Masa kecik pun kuat bergaduh. Tapi adik beradik ni ibarat air dicincang takkan putus. Tu pepatah orang dulu-dulu. Kot bila dah kaya pepatah tu ditukar ditokok tambah. Terpulang pada emosi pemikiran masing-masing.

    Bergolak ker, bergolek ker, bergeser ker.. PRK kajang ni aku nak tau jugak saper lawan anwar ibrahim..


    Artikel bertajuk “Mengenang kembali bapa saya, Tun Razak” yang ditulis jurubank terkemuka Datuk Seri Nazir Razak dikatakan menyebabkan kemarahan keluarga perdana menteri dan penyokongnya.
    Dengan kemungkinan akan menyebabkan bos CIMB itu menerima akibatnya.
    Dalam artikel dikeluarkan, Nazir meceritakan tentang kualiti yang menyebabkan bapanya dihormati. Sebagai seorang pemegang amanah aset negara, kesederhanaannya adalah lagenda.

    • Apabila keluarga menemaninya dalam lawatan rasmi kerajaan, Tun Razak memastikan perbelanjaan untuk keluarga daripada poketnya sendiri. 
    • Beliau juga terkenal dengan integriti, merupakan hamba kepada rakyat dan kepercayaan diberikan mestilah tidak boleh dikhianati.
    • Nazir berkata, bapanya sudah melaksanakan "Rakyat Didahulukan", sebelum slogan tersebut kedengaran dan percaya terdapat tempat bagi semua rakyat di bawah matahari Malaysia.

    Artikel tersebut disukai ramai terutama yang tidak gembira dengan pencapaian Najib sebagai perdana menteri serta membiarkan peningkatan ektremisme kaum dan agama.

    Ramai beranggapan artikel tersebut dikeluarkan tepat pada masanya di kala kerajaan berbelanja secara mewah dan sikap angkuh ahli politik pemerintah pada ketika rakyat Malaysia menderita akibat kenaikan kos kehidupan.

    • Tetapi di Putrajaya, artikel tersebut tidak disukai dan Nazir kini terpinggir daripada koridor kuasa.
    • Beliau kini tidak menikmati sokongan kerajaan sehingga terpaksa memikirkan pilihan pekerjaannya.
    • Wujud cakap-cakap mengatakan Nazir dilihat sebagai pengkhianat.
    • Apa yang pasti, hubungan di antara keluarga Najib dan penyokongnya dengan pengurus bank itu semakin dingin.
    • Sumber dekat memberitahu The Malaysian Insider terdapat banyak penentangan terhadap artikel tersebut termasuk nada tulisan, masa dikeluarkan dan motif di belakangnya.
    • Dan mesej kepada perdana menteri dihantar melalui artikel disiarkan media tidak dikawal Umno. Artikel bertarikh 14 Januari itu disiarkan The Malaysian Insider, The Star dan Sinar Harian.
    • Difahamkan Najib dan adiknya bertengkar mengenai artikel tersebut, dan sebuah lagi artikel tentang isu sama disiarkan akhbar milik Umno New Straits Times, dua hari kemudian.

    Nazir tidak berganjak dan mempercayai beliau mempunyai tanggungjawab kepada keluarganya untuk mengingatkan rakyat Malaysia mengenai legasi ayahnya dan mempertahankannya walau apa pun terjadi.

    Info Asal : MalaysiaInsider

    5 comments:

    1. najib butthurt ker rosmah yg butthurt..

      ReplyDelete
    2. wow, adakah ini sandiwara? klu bapak najib sendiri lagi baik dari najib tu memang sah najib anak tak mengenang jasa budi bapak nya... sedekah la Al-Fatihah kat Tun Razak...

      ReplyDelete
      Replies
      1. sandiwara drama atasan.

        Delete
    3. memang pahit bila membongkar kebenaran kerana manusia lebih suka bercakap yang manis - manis sahaja .

      ReplyDelete
    4. sandiwara kluarga sirazak

      ReplyDelete