• Politik Terkini

    Tuesday, January 28, 2014

    BAN Mabok - Apa Mahathir Merapu Tentang Polis Islam Ni.

    Hadoiii... Soi Lek betul la pemikiran mahathir ni.. Baru bagi idea polis islam untuk banteras gejala ajaran sesat. Dah mcm2 persoalan pelik.. Pasal seluar ketat tu, nanti slow2 la.. Ada polis senang skit jakim nak rush tempat hiburan.. Power tu lebih skit... Nanti dia persoal lagi, hiburan tahap mana bleh berhibur.. Sebab tu 20 tahun memerintah hudud takde jalan. Asyik pening kepala duk pikir benda tak masuk akal.. Skit2 pada pelancongan.. Ker persoal ketat mcm maner kot lepas ni xleh tengok org pompuan pakai lagging... Yang ni aku setuju ada polis islam. Lepas ni slow2 upgrade lagi ke tahap tinggi. Baru bleh berkolaborasi dgn kelantan nak buat hudud...


    Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Moahamad hari ini menolak cadangan memperkenalkan 'polis Islam' atas alasan ia tidak akan menyelesaikan masalah-masalah orang Islam.
    • Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi (kanan) semalam dilaporkan berkata, penubuhan unit 'polis syariah' bukan untuk mengambil alih peranan kerajaan negeri tetapi membantu pihak berkuasa negeri menguatkuasakan undang-undang, termasuk menangani kes ajaran sesat dan jenayah syariah.
    • Unit itu akan diletakkan dalam Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) dan akan membantu dari segi perundangan termasuk pentafsiran dan penelitian terhadap undang-undang berkaitan hal ehwal agama Islam peringkat negeri.
    • Unit itu ditugas menguatkuasakan semua kesalahan jenayah Syariah dan bukan hanya berkaitan isu Syiah dan ajaran sesat sahaja.
    Menulis dalam blognya hari ini, Dr Mahathir juga menegaskan tiada paksaan dalam Islam dan Islam tidak harus dijadikan sebagai agama “negara polis”.

    Kesan pada pelancongan
    • “Di sebuah negeri wanita dengan lelaki perlu diasingkan di pasar umpamanya. Akan ada wanita yang membeli-belah bersama suami. Apakah mereka mesti diasingkan bila membeli-belah?
    • “Di negeri lain tudung mungkin diwajibkan. Seluar mungkin terlalu ketat. Soalnya setakat mana longgar yang dibenar oleh polis?” Dr Mahathir memberi contoh.
    • Bekas perdana menteri juga menggambarkan penguatkuasaaan, seperti undang-undang pemakaian, akan turut memberi kesan kepada industri pelancongan negara.
    • “Polis akan tahan pelancong untuk bertanya mereka Islam atau tidak. Jika Islam mereka akan ditangkap atau diheret ke Jabatan Polis Islam.
    • “Pelancong bukan Islam tidak akan senang dengan disoal oleh polis,” tulisnya lagi.


    Info Asal : Mkini

    3 comments:

    1. kalau sentuh bab islam.. mesti bendalah ni berbunyi.. sensitip betul mamak ni.

      ReplyDelete
    2. pasal prk tu dia xnk komen.. ke tun nk masuk bertanding dgn anwar. hahaha

      ReplyDelete
    3. leps baca, rasa elemen liberalisasi kuat kat Dr.M =.= dah meroyan ka?

      ReplyDelete