• Politik Terkini

    Thursday, January 16, 2014

    BAN Sadis - Demostrasi 'Kangkung Fried Belacan' Untuk Najib Di Penang

    Lenggang lah lenggang kangkung. Kangkung di tepi lah paya... Nak genapkan setahun ke isu pasal kangkung ni.. Aku rasalah patut dibuat satu persatuan pengintip harga kangkung.. Sbb nantikan harga kangkung turun, rakyat tak tau... So mesti la kena buat satu fanpages kan.. ker macam maner...

    Tapi paling menggeliatkan minda, semalam dalam tv bagitau akan ditubuhkan satu unit khas untuk pantau harga supaya tak bebankan rakyat. Simple macam ni lah, dah kerajaan tau main sources penyebab kenaikan harga. Apehal nak kaji n pantau lagi. Control main sources tu dah cukup. Kawal sebaik mungkin. Ni nak tubuh unit bagai.. Selesai ker masalah. Kangkung tetap sedapkan.

    Okey, lunch ni lauk kangkung aper...

    • Satu demonstrasi kecil malam tadi ekoran kenaikan harga barang-barang keperluan, telah disuntik dengan sendaan berkaitan dengan kenyataan 'Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengenai "kangkung".
    • Kira-kira lima belas orang berhimpun di pasaran malam di Jalan Alma, Bukit Mertajam dengan menbawa gambar besar kepala Najib dengan mulutnya ternganga yang disumbat dengan 10kg kangkung.
    • Menurut ADUN Machang Bubok, Lee Khai Loon, sayuran itu ditanam di rumah seorang penyokong dan ia sebagai simbol bantahan rakyat terhadap kenaikan kos sara hidup kerana dasar-dasar kerajaan.
    "Kerajaan persekutuan mempunyai tanggungjawab untuk mengawal dan mencegah kenaikan harga yang telah membebankan rakyat. Najib tidak harus meminta rakyat jangan menuding jari kepada kerajaan," katanya.
    • Ahad lalu, Najib bercakap mengenai bagaimana kerajaan tidak patut dipersalahkan kerana harga ikan dan sayur-sayuran yang tidak menentu, yang menurutnya bergantung kepada cuaca.
    • Tambahnya, pengkritik menyalahkan kerajaan kerana harga makanan yang mahal tetapi tidak pernah memuji kerajaan apabila harga turun, dengan memetik kangkung sebagai contohnya.
    Para peserta protes di Jalan Alma itu melaungkan slogan lucu dan bermain versi remix ucapan Najib yang kini tersebar luas.

    Seorang peserta membawa poster yang menggambarkan Najib sebagai Kolonel Sanders KFC, kecuali akronim KFB bagi "Kangkung Fried Belacan" ~

    Info Asal : AnakSungaiDerhaka

    8 comments:

    1. Aktres Lee Yeon Hee menyuarakan rasa tidak senangnya terhadap beberapa polisi di agensi syarikat yang dinaunginya terutama membabitkan cinta.

      Dia mendedahkan perkara berkenaan ketika muncul dalam program bual bicara Radio Star menerusi saluran MBC bersama Lee Ki Woo, Heo Tae Hee dan Yewon daripada kumpulan Jewelry, pada 8 Januari lalu.


      Ia bermula apabila Yeon Hee ditanya sama ada dia mempunyai sebarang rungutan. Apa lagi, pelakon drama Ghost itu terus memberi respon yang agak mengejutkan itu.

      “Mereka memberitahu kami dibenarkan untuk bercinta tetapi jangan sampai ada pihak mengetahuinya. Ia seolah-olah mengatakan yang kami boleh bercinta tetapi tidak boleh berjumpa antara satu sama lain.


      “Ia bukan satu perkara mudah untuk mengelak daripada gambar dirakam atau diketahui orang awam,” katanya.


      Mengulas hubungan YoonA dan Lee Seung Gi yang kini diketahui umum, Lee Yeon Hee berkata, dia tahu itu bukan perkara yang mereka mahukan atau cara mereka dapat keluar bersama dengan tenang.

      ReplyDelete
    2. Harga daging babi naik, tak bising pulak, puak-puak ni!

      ReplyDelete