BAN Zakat - JAIS, Maner Perginya Duit Zakat ! ?

So sadis dengar cerita ariffin yang baru masuk islam ni. Janji Jais tinggal janji. Aku link skali dgn web jais. Korang klik jela. Biar traffic masuk pada laman web jais and diaorang baca artikel ni. Aku amik ni dari facebook. Seorang sedara seislam yang menumpang mualaf india then dapat tau this story. Saban tahun aku rasa, pusat zakat bagitau peningkatan kutipan. Tapi kemana perginya duit tersebut. Kata ada juta2..

Kerajaan selangor sendiri announce keuntungan meningkat berbillion billion billion.. Nah ini kes, per citaaaa...


Dua hari lepas, dalam perjalanan dari Puncak Alam ke Shah Alam, singgah sebentar di Masjid Negeri Shah Alam memandang azan baru sahaja berkumandang. Usai sahaja solat, hujan renyai-renyai sehingga lebat. Waktu itu kebetulan lapar, nampak seorang pakcik jual ais-krim di tepi pagar Masjid Negeri, singgah sebentar belikan aiskrim.

Sedang-sedang menunggu ais-krim disiapkan, hujan makin lebat, dentuman guruh semakin kuat. Nampak seorang lelaki india dan wanita india di tepi pagar, berdiri berdua di situ. Berseluar jeans, ber t-shirt bersahaja. Ana tanya..

“ buat apa sini bro? “

“ saya sedang tunggu teksi , mahu balik Padang Jawa “

Selepas perbualan kami dipanjangkan, dapat tahu saudara India tadi adalah seorang revert, wanita tadi adalah isterinya. Alhamdulillah bertambah saudara seIslam lagi. Pada awal perbualan, saudara tadi memperkenalkan diri dengan nama Islamnya, Ariffin. Seorang lelaki berusia 25 tahun , berasal dari KL. Isterinya bernama Nadiah.

Terus ana mengajak mereka berdua menaiki kereta , ana tumpangkan terus dari Masjid tadi ke Padang Jawa. Dalam hujan makin lebat, kereta makin perlahan, ana bertanya padanya kenapa berada di masjid tadi

“ awak buat apa di situ tadi ? “

“ saya mahu jumpa itu Jais, saya sudah jumpa rumah, sekarang itu Jais kata mahu bayarkan sewa rumah kalau sudah jumpa “ sambil menunjukkan surat dari Jais

“ sekarang rumah saya di Padang Jawa sana sudah duduk 5 bulan, akhir bulan ini saya kena keluar, itu owner India tidak mahu saya duduk situ “

“ eh kenapa? “

“ itu Jais kata mahu bayar sewa, tapi sampai hari ini sudah 5 bulan saya sendiri yang bayar sewa, rumah saya apa pun tiada. Kosong tiada apa-apa “

“ tadi awak ke Jais mereka kata apa “

“ saya ke Jais itu Tingkat satu tempat muallaf, mahu hantar itu form lagi, untuk minta bantuan, mereka kata dulu mahu bantu , sampai hari ini masih tiada jawapan , saya isteri semua nak makan susah “

“ saya masuk Islam sukarela , tiada siapa ajak mahu paksa, saya rela masuk. Ibu bapa saya tidak bagi saya tinggal dengan mereka, mereka kata saya sudah Islam tidak boleh campur “

“ sekarang rumah saya tinggal itu rumah orang India lama punya, itu Ustaz Jais kata jangan guna pinggan mangkuk sudu semua, mereka kata akan beri bantuan kecemasan pinggan mangkuk lain. Tapi sampai hari ini, satu bantuan pun belum dapat. Saya rumah satu apa pun tiada, tilam apa semua tiada. Itu ustaz kata mahu datang pun langsung tidak datang “

Hati ana yang dengar ni makin panas membara. Dalam hati seperti seribu carutan sudah diucapkan.

Sambung ana

“ then awak makan hari-hari makan apa? “

“ saya dengan isteri makan roti sapu itu plantar kuning setiap hari. Itu ustaz kata suruh minta saya belajar agama. Saya suka belajar, tapi bila waktu itu ustaz suruh datang hari itu, hari ini, hari orang kerja, saya juga kena kerja, mahu belajar macam mana? Saya kenderaan pun tiada “

“ itu tuan rumah kata Jais mahu bayar, itu cek sewa bulanan sampai hari ini pun tidak dapat lagi, kami sendiri juga yang bayar “

“Itu ustaz tiada datang tolong ke? “

“ itu ustaz saya jumpa call semua selalu kata, “ ariffin, you usaha lagi, cari rumah lagi, usaha lagi kerja semua, nanti kami tolong “ “

“ saya ada jiran beri saya motor , motor lama masuk ladang, baru dua hari guna sudah enjin rosak, sekarang mahu duit lagi rm 250 nak repair semua “

“ saya makan pun tiada, nak bayar sewa rumah semua “

Sedar tidak sedar sedang berbual sambil isteri di sebelah, dan mereka berdua di seat belakang, kami telah tiba di rumah mereka ,apartment tingkat 11. Tiba di sana, Ariffin kata

“ saya punya isteri tidak boleh pakai tudung masuk rumah, ada kawan abang dia tinggal sini, nampak dia nampak ,.susah “

Terus isterinya buka tudung, kami terkejut, keIslaman mereka masih dirahsiakan walaupun 8 bulan sudah memeluk Islam! 

En. Arifin tadi mengajak ke rumahnya, bila tiba di rumahnya, ia…KOSONG! KOSONG ! KOSONG! Dari ruang tamu pintu masuk hingga ke dapur hanya dalam 6-7 langkah saja, ruang tamu kosong, bilik tidur kosong, tiada tv, tiada katil mahupun tilam bahkan peti sejuk dan dapur memasak pun tiada. Yang boleh nampak hanyalah tikar sejadah dihamparkan di dalam bilik mengarah ke kiblat.

Oh sayu nya!

Mereka tidur setiap hari bertilamkan lantai, mengalas perut dengan roti. Hey mana kamu semua yang bekerja di Pejabat Agama! Duduk dalam aircond semata? , ini SAUDARA ISLAM kamu yang minta pertolongan kamu buat apa? Pergi lah carik orang untuk dibantu, kami bayar zakat setiap tahun , zakat harta, fitrah , emas etc, kemana pergi semua wang zakat itu?

Ada 7 asnaf semuanya, bila ke Majlis Zakat, kamu sekalian dengan bangga ucapkan keuntungan zakat sehingga berjuta-juta, buat majlis program di hotel sekalian sekalian makan 4 kali sehari, ini saudara kamu 8 bulan peluk Islam bantuan sekali sahaja diberi?

Sungguh macam pelarian hidup mereka, berkat sungguh hidup kamu wahai pegawai-pegawai Majlis Agama?

Kebetulan hari ini 10 Januari, baru keluarkan duit untuk bayar duit kereta dan duit rumah. Terus ana capai duit itu, berikan semua pada mereka. Mereka orang Islam, mereka orang Malaysia kita, iya inilah tanggungjawab kita sebagai saudara seagama dan se-negara.

Dulu dengar cerita orang pusat zakat layan peminta zakat macam si*l. Hari ini nampak benar cerita itu didepan mata. Bila masuk ke parking mana-mana pusat zakat, kereta Perdana, BMW, Mercedes tersergam indah. Kaya benar kau dengan gaji bulanan? Rasa-rasa kerja itu berkat ke? Orang 8 bulan hidup tunggang langgang nak cari tempat tinggal, nak makan, ditinggalkan keluarga, pertolongan yang diberi hanyalah

“ bersabar dan usaha lagi “ ?

Rasa tidak berbaloi benar nak bayar zakat begini, tiada langsung kemajuan. Kami bayar zakat bukan untuk bayar gaji kalian, kami nak Islam agama kami ini mekar , menjadi tempat bantuan, tempat bergantung harap. Membantu ketika sukar.

10 hari dari sekarang, apakah yang akan terjadi pada en. Ariffin itu dan isterinya? Ditendang keluar oleh tuan rumah? Masih kais pagi makan pagi kais petang makan petang?

Jangan lupa, setiap sen gaji yang dibayar menggunakan duit zakat itu akan ditanya oleh SEMUA pembayar zakat di Padang Mahsyar, kamu tidak buat kerja , masih mahu duduk bersenang-senang di dalam ofis di bawah air cond , silakan. Tunggu lah sehingga kalam dan janji Ilahi itu menjadi pasti.

** gambar adalah form sewaan + situasi rumah en Ariffin , apa yang dinukilkan ini hanyalah ¼ cerita, kami yang melihat dengan mata kami, mendengar dengan telinga kami sangatlah perit dan sayu. Moga pihak atasan makin maju, bangun dan buat kerja! Jika tidak mahu lepaskan jawatan dan kerja tempat lain.

Info Asal : Muhammad Saddam

Post a Comment

27 Comments

  1. skrng jais sibuk kalimah allah..

    ReplyDelete
  2. stok kangkung cukup lagi tak?

    ReplyDelete
  3. Sedihnya, bila tengok keadaan mereka.

    ReplyDelete
  4. jaiz busy rush tmpt pub2 mana ada masa nak g tolong mualaf ad pun janji ad la buat tarak punya

    ReplyDelete
  5. pergi la JAIS... isi borang A,B,CDEFGHIJKLMNOPQRSTU................Z, pstu br pmohonan akn dpertimbangkan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. woi.. ko bc xkisah ni. mamat tu dh isi semua form. g hantar bagai.. tapi habuk jais duk sembang.

      Delete
    2. Rilek bro, dia maksudkan sia-sia ja isi borang ni

      Delete
    3. Salam tuan,
      Sepatutnya kena pergi ke Pejabat agihan Zakat, memang tak patut pergi ke pejabat JAIS. Kalau di Selangor kena pergi Pejabat Lembaga Zakat Selangor (LZS).
      Jadi boleh isi borang dan sediakan dokumen penting (Kalau BR1M pun kena isis borang jugak kan ?)
      InshaAllah dapat.

      Delete
  6. Bro,
    Kalau ada no akaun saudara tu mesti ramai yg sudi bantu

    ReplyDelete
  7. sibuk sgt dgn isu kalimah allah. nk rushing lagi. yg duk buat maksiat tu la yg bikin jais bizi..

    ReplyDelete
  8. kalu mcm ni la kerja diorg, rs mcm x nk halal kan je duit zakat tu...better duit zakat tu kita salurkan terus kpd org yg memerlukan tanpa org tgh

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la mslh skrng. tu xcmpur aduk politil lg.. lg parah.

      Delete
    2. Salam cik/puan,
      Zakat adalah hak asnaf.. Bukan hak si pembayar untuk mintak dihalalkan. Setelah cik/puan dah menunaikan zakat, maka tanggungjawab (dosa pahala) adalah beralih kepada pihak pengurus (amil). Jadi saya syorkan tak perlu risau sangat kemana wang zakat itu pergi kerana sudah tidak menjadi hak si pembayar.
      Sila rujuk Al-Quran, surah at-Taubah:ayat 60 dan 103 sebagai panduan..

      Delete
  9. Dah baca dah amat sedih dan dukacita di atas layanan pihak2 yg berkenaan.
    Saya sudah hantar makluman perkara ini kpd sahabat saya di Zakat Selangor untuk dimajukan kpd JAIS.
    Semoga Allah permudahkan urusan insan2 seperti di dalam cerita sedih tadi dan terus kekal dalam Islam

    ReplyDelete
  10. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  11. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  14. Salah tempat tu tuan,
    Sepatutnya pergi ke pejabat Lembaga Zakat Selangor (LZS), bukanya pejabar JAIS.
    So, of course kena isi borang dan pastikan bawa dokumen penting (Nak BR1M pun kena isi borang jugak kan ?) Kalau confirm tuan ni golongan asnaf inshaAllah dapat bantuan.

    ReplyDelete
  15. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  16. sedihnya aku dgr tp apa daya kami rakyat nk bantu lebih2? kami pun makan bercatu....kami catu makanan utk kasi menteri2 makan mewah.....mitk seringgit dua kami boleh kasi, tp smpi bila?....

    ReplyDelete
  17. I had no intentions of doing injury to my loved ones, my
    associates or my clients. It is easy-to oversight this two settings
    but they are not actually same. I also heard my label called many times.


    Here is my site jailbreak ios 7.1.4 download

    ReplyDelete
  18. One more thing it could be a weak try to soften the blow of the break up.
    Mindboggling will be the word that comes to my head.
    Once you've settled on the movie you desire to watch, just click on the movie
    name.

    my blog post: movie2k (http://permainanbarbie.org)

    ReplyDelete
  19. Hello, just wanted to say, I liked this post. It was inspiring.
    Keep on posting!

    Review my page ... ครีมรักษาฝ้า กระ

    ReplyDelete
  20. You haave maade some good points there. I checked on thhe neet for more information about the isdsue and found most people will go along with your views on this web site.


    Here iss my site: orquesta guayacan ()

    ReplyDelete
  21. Wow, this post is nice, my sister is analyzing these things, therefore I
    am going to inform her.

    Feel free to visit my website emergency storm damage repair
    services Columbia South Carolina; ,

    ReplyDelete
  22. Hello jսst wanted to gіove ʏou a qսick heads up. The text in youг
    artticle seem to be running off the scrеen in Ie.

    I'm nott sure if this is a formatting issue or something to do wiith іntrnet browse compatibility but I fіguгed I'dpost to
    let youu know.The design and style look great though! Hope you get the issue fixed soon. Thanks

    My weblog ... How To Get Your Ex Boyfriend Back Free

    ReplyDelete