• Politik Terkini

    Wednesday, February 19, 2014

    BAN Boikot - Bedak Talkum Penyebab Kanser Ovari

    Biar betul betul talkum penyebab kanser.. So aku try la google then ada jumpa artikel mat salleh. DrFrank dalam blognya ada bagitau, kes ni dah lama.. First diperdebatkan pada tahun 1971. Report menyatakan bahayanya talc ni.. And lepas tu tahun 1992 memang telah disahkan. Tapi benda ni tetap dijual secara berleluasa. Tanpa sekatan or iklan anti rokok.. Paling kesian kat bayi yang baru lahir..

    Ada yang mengesyorkan supaya kita melihat ingredient pada bedak.. Kalau ada penggunaan magnesium sillicate.. Jangan beli and gunakan pada bayi.


    Amaran! Penggunaan bedak talkum boleh mengundang maut atau pelbagai penyakit termasuk kanser ovari.
    Bahan utama bedak talkum mengandungi :
    • Magnesium silicate hydroxide atau dikenali sebagai talc yang juga ramuan utama dalam bedak bayi, bedak berubat dan bedak wangi untuk tubuh termasuk yang berjenama terkenal.

    Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) berkata :
    Bahaya di sebalik penggunaan bedak talkum mengandungi talc iaitu bahan beracun yang zarahnya menyebabkan tumor dalam ovari dan paru-paru.
    CAP menggesa Kementerian Kesihatan supaya meletakkan tanda amaran ke atas produk mengandungi talc dan menghentikan pemasaran bedak bayi mengandungi bahan itu.

    Beberapa kajian menemui :
    • Zarah-zarah talc dalam tumor ovari wanita dan penghidap didapati kerap menyapu bedak talkum pada alat sulit mereka berbanding wanita sihat.
    • Zarah talc boleh sampai ke sistem pembiakan dan terbenam dalam lapisan ovari.
    • Wanita yang memakai bedak talkum 40 peratus lebih berisiko menghidap kanser ovari.

    "Satu kajian dari Sekolah Perubatan Harvard di Boston membuktikan pemakaian talkum walaupun seminggu sekali menambahkan risiko kanser ovari 36 peratus dan 41 peratus kepada mereka yang memakainya setiap hari.

    "Kanser ovari diketahui boleh membawa maut. Ia menyerang secara senyap berikutan berkembang secara perlahan-lahan dan apabila dikesan ia sudah sampai peringkat akhir," 
    Penggunaa talkum dipercayai boleh menyerang paru-paru dan sistem pernafasan kerana talc gred industri mengandungi silika dan asbestos.
    Debu putih halus daripada talc boleh berterbangan dibawa udara dan ia pula boleh disedut bayi atau sesiapa saja yang menghidunya.
    Bayi yang menghidu bahan tersebut terdedah kepada masalah laluan udara membengkak lalu menyebabkan pneumonia.
    "Pengguna dinasihatkan memakai bedak diperbuat daripada tepung jagung atau tepung beras.

    "Ibu-ibu pula digalak guna minyak sapu, bukannya bedak talkum bagi mengatasi masalah ruam kulit bayi,"

    Info Asal : Utusan

    4 comments:

    1. daripada cancer.org

      Ovarian cancer

      It has been suggested that talcum powder might cause cancer in the ovaries if the powder particles (applied to the genital area or on sanitary napkins, diaphragms, or condoms) were to travel through the vagina, uterus, and fallopian tubes to the ovary. Several studies in women have looked at the possible link between talcum powder and cancer of the ovary. Findings are mixed, with some studies reporting a slightly increased risk and some reporting no increase.

      For any individual woman, the overall increase in risk, if it exists, is likely to be small. For example, one analysis combining data from 16 studies published before 2003 found about a 30% increase in ovarian risk among talc users. The average woman's lifetime risk of ovarian cancer is about 1.4%, so even with a 30% increase, her lifetime risk would be about 1.8%. Still, talc is widely used in many products, so it is important to determine if the increased risk is real. Research in this area continues.

      ReplyDelete
    2. bedak letak lambang mcm rokok.

      ReplyDelete
    3. Sll guna bedak talkum ni..kna berhenti ka guna lps ini

      ReplyDelete