• Politik Terkini

    Tuesday, February 4, 2014

    BAN Pesalah - Riduan Dan Kes Rogol Yang Berbelit Kepala Otak Aku

    Aku bingung kejap baca kes rogol kanak-kanak 12 tahun ni.. Katanya riduan tu rogol budak tu, then dalam masa sama melaporkan budak tu isteri dia.. Ke lepas rogol pi kahwin.. Tapi ikutkan kronologi mcm dia rogol, then keluarga buat report, then dia rasuah keluarga tu 10K untuk batalkan report.. Tapi kes tu dah dibawa ke mahkamah.. Aku rasa nak kahwin budak 12 tahun ni kena dapat persetujuan mahkamah dulu..

    Harap dijadikan pengajaran bagi ibubapa kat luar sana.. Take care your son.. Tak kiralah umur dia baru belasan tahun.. Si ayam bangka bernafsu ni ada dimana-mana.


    Linangan air mata mengakhiri episod bekas pengurus restoran yang akhirnya dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan dua sebatan selepas didapati bersalah merogol ‘isterinya’ yang berusia 12 tahun enam bulan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, semalam.
    Mahkamah hari ini menjatuhkan hukuman itu terhadap Riduan setelah didapati bersalah merogol mangsa dalam kereta yang diletakkan di tepi jalan di Inanam pada pukul 10 pagi, 18 Februari tahun lalu.
    Tertuduh yang mencetuskan kontroversi semasa prosiding pada 20 Mei tahun lalu dengan memaklumkan kepada mahkamah bahawa telah mengahwini mangsa dan turut mengemukakan salinan sijil perkahwinan, didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
    Tertuduh melalui peguam Ram Singh yang mewakilinya memohon penangguhan pelaksanaan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Tinggi selesai.
    Permohonan itu dibenarkan oleh Ummu Khatom dengan syarat jumlah jaminan terhadap tertuduh daripada RM10,000 ditambah kepada RM15,000 berserta dua penjamin dengan salah seorang merupakan isteri pertamanya.
    Selain pertuduhan merogol, Riduan turut menghadapi tiga lagi tuduhan lain iaitu merasuah keluarga mangsa sebanyak RM10,000 sebagai ganjaran bagi menarik balik laporan polis berkaitan salah laku rogolnya.
    Dalam penghakimannya, Ummu Khaltom berkata, hukuman dijatuhkan itu sebagai peringatan kepada orang ramai supaya tidak menggunakan alasan perkahwinan untuk melepaskan diri selepas melakukan kesalahan rogol.

    “Tertuduh sebagai individu dewasa boleh berfikiran waras dan matang sebelum melakukan perbuatan tidak bermoral terhadap mangsa yang juga kanak-kanak dengan usia 12 tahun enam bulan.

    “Malah, perbuatan tertuduh meninggalkan kesan terhadap mangsa dari segi tekanan perasaan dan emosi,” katanya.

    Info Asal : Hmetro, Utusan

    5 comments:

    1. rogol rogol rogol..

      habis isu politik, isu harga barang, habis isu harga barang, isu seks. rogol sana sini..

      isu ekonomi = Negara untung. Harga barang akan naik

      ReplyDelete
    2. sabahan.. org sabah bahhhh

      ReplyDelete
    3. budak 12 tahun tuuuuu!!! Gila ahh... ketat lagi!

      ReplyDelete
    4. malaysia punya celita... jgn pening... dgr sajaaaa

      ReplyDelete