BAN Provokasi - Daging Babi Di Letakkan Di Hadapan Pintu Masjid Cherok Tokun, Penang

Aku syak ni semua provokasi untuk menaikkan kemarahan umat islam.. So berlaku tuduh menuduh.. Ada yang bangang akan tuduh cina.. Padahal cina pun ada islam.. So tak perlu tuding jari pada bangsa lain.. Pin point dari kes ni, dekat rumah anwar ibrahim.. Tak pasti apa sebab or nak tunjuk kawasan berdekatan rumah anwar tu gitu gini...

Nampak seperti permainan politik kat situ. Bila ada jer pilihanraya kecik or besar. Mulalah timbul isu babi.. Kepala babi kat situ sini.. Kalimah allah, isu hukum hudud.. Yang memerintah duk pung pang menegakkan islam, tapi isu ni selalu duk spin dalam tv tanpa penyelesaian..


Daging, dipercayai babi, dilapor dilempar ke perkarangan  Masjid Cherok Tokun,  Machang Bubuk, Pulau Pinang hari ini.

Ketua CID  Mazlan Kesah berkata, suspek dipercayai menggunakan jalan utama dan melempar daging itu kira-kira jam 5.30 pagi.

Saksi Saad Arop, 78, berkata, beliau mengesan perkara itu selepas memasuki masjid untuk solat Subuh.
“Beliau membuat laporan polis kerana tidak puas hati dengan insiden itu dan mengesyaki ia daging babi,” kata Mazlan melalui SMS jawapan berkaitan insiden itu.
Perkara itu pertama kali berlaku di masjid itu.

Polis menyiasat kes itu bawah Seksyen 296 Kanun Keseksaan berkaitan mencemarkan rumah ibadat dengan niat menghina.

Saad membuat laporan polis di Machang Bubuk pada 7.19 pagi.

Mazlan berkata, tiada rakaman CCTV di kawasan itu dan paling dekat beberapa meter daripada rumah Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim di Permatang Pauh.

Info Asal : UtaraNews, Malaysiakini

Post a Comment

3 Comments

  1. betul ckp ko.. dkt pru jer ade la babi semua ni

    ReplyDelete
  2. Ni semua provokasi murahan.. ko tengok last ayat. apa kes sebab dekat rumah anwar. nak salahkan anwar ker?

    ReplyDelete