BAN Sadis - Korek Kubur Nak Curi Tulang Mayat. Bangang Manusia Ni

Tujuan perubatan or tujuan nak bomoh.. Hadoiii... Try kubur ko lepas ni orang korek.. Jasad berterbangan merata-rata.. Perubatan tahik macam ni, bukan perkara baru.. Daripada zaman jahiliyah lagi.. Manusia menggunakan otak terlebihnya untuk perubatan supaya kuat dan tak mati.. Moralnya nak jadi taiko sementara menunggu ajal..


Enam lelaki termasuk remaja berusia antara 14 hingga 43 tahun yang cuba mencuri tulang mayat di kawasan perkuburan Orang Asli Kampung Deraman, Batu 3 di sini, ditahan malam kelmarin.

  • Mereka dipercayai cuba mencuri tulang mayat itu untuk digunakan bagi tujuan perubatan ditahan polis dan penduduk kampung kira-kira jam 9 malam.

Tindakan mereka itu disedari seorang penduduk kampung yang curiga dengan kelibat beberapa individu yang berada di kawasan tanah perkuburan berkenaan.

Ketika itu penduduk terbabit dalam perjalanan pulang ke rumahnya di sini, sebaik selesai menghadiri mesyuarat bersama pemimpin kampung.

Saksi kejadian, Tan Din, 39, berkata, dia berasa curiga apabila melihat cahaya lampu suluh di dalam kawasan tanah perkuburan itu dan pada masa sama, terdapat sebuah kereta parkir di tepi jalan.

Info Asal : HMetro

Post a Comment

3 Comments