BAN Sadis - Kuantan : Disamun, Ditikam Di Mulut, Dada Dan Bawah Pusat.

Gila ganas.. setakat samun dompet jer pun... Sampai kena bunuh bagai.. Dah terdesak sangat menyamun nak duit mudah.. Tapi bila kena tangkap, berapa ramai penyamun diadilkan seadilnya.. Kes rompak lari, penyamun tak tertangkap.. Kena tangkap pun takde kena hukuman setimpal.. Kalau sembang hukum hudud, timbullah macai cakap tak relevan bagai.. Now bila kena samun macam ni, sampai mati.. Naik turun mahkamah, tup tap kena hukuman penjara.. Adil ke macam tu...


Seorang penyelia sebuah syarikat kenderaan di Gebeng :

  • Disamun lelaki berpakaian seragam sebelum menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan mendapatkan rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA)
  • Akibat ditikam tiga kali, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 2.20 pagi, Md Saipul Mizan Ibrahim, 33, dari Lorong Balok Sejahtera 12, Beserah, dekat sini, meninggal dunia selepas ditikam di mulut, dada dan bawah pusat.

Dompet dan telefon bimbitnya turut dilarikan selain sebuah pacuan empat roda digunakan mangsa yang juga milik syarikatnya hilang dari kawasan itu.

Ketika kejadian, mangsa yang berada di kawasan parkir di tempat kerjanya berlari ke arah pondok pengawal untuk mendapatkan bantuan selepas ditikam penjenayah sebelum rebah dalam berlumuran darah di situ.

Melihatkan kejadian itu, pengawal keselamatan yang bertugas menghubungi ambulans milik syarikat sebelum mangsa dikejarkan ke HTAA untuk rawatan lanjut.

Difahamkan, ketika di dalam ambulans, mangsa sempat memaklumkan dia disamun penjenayah berpakaian seragam sebelum meninggal dunia.
Isteri mangsa, Nik Faizah Nik Fadzil, 26, berkata, dia tidak menyangka kejadian itu boleh menimpa suaminya, apatah lagi mereka baru pulang daripada bercuti sempena Tahun Baru Cina, baru-baru ini.
“Walaupun sedih dan terkejut, saya reda dengan ketentuan dan ini cabaran paling getir dalam hidup saya,” katanya yang tidak mempunyai cahaya mata.

Katanya, mangsa keluar dari rumah jam 6.30 petang kelmarin untuk masuk bekerja bermula jam 7 malam.

Info Asal : HMetro

Post a Comment

6 Comments

  1. nk cr maner pembunuh tu..

    ReplyDelete
  2. malaysia masih selamat.

    -macai kajang

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  4. ganas... kuantan tempat ganas ker...

    ReplyDelete
  5. perggghhh..
    tmpt aku nie..
    Ngeri2..

    ReplyDelete
  6. kalu kena tangkap, pasti penyamun tak mengaku salah, lantik lawyer nasib baik menang kes...

    ReplyDelete