• Politik Terkini

    Monday, February 24, 2014

    BAN Sukan - Duta Brazil Persoal Keselamatan Pemain Mereka Di Malaysia

    Ni yang masalah bila golongan kenamaan or bangsawan amik port sekali dalam urusan tertinggi. Bila membabitkan sesuatu perkara.. Siasatan terpaksa dilakukan secara bahasa tersirat.. Kalau asyik macam ni, sampai bila pun bolasepak malaysia macam tu jela.. takde peningkatan.. Ada la peningkatan, labur duit juta-juta bawa masuk ayam pencen yang popular.. Naik la skit nama, tapi buat hal isu tumbuk sana sini.. Hooligans sana sini..


    Adakah pemain bola sepak Brazil selamat bermain bola sepak di negara ini. Itu yang dipersoalkan Duta Brazil di Malaysia Maria Auxiliadora Figueirado.

    Semalam, beliau datang ke negeri ini bagi mengadakan perjumpaan dan meminta penjelasan pihak pengurusan T-Team dengan membincangkan soal keselamatan terutama berhubung pemain bola sepak kelahiran Brazil.
    Penyerang T-Team Evaldo Rodrigues didakwa ditumbuk di muka oleh pegawai tertinggi Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) pada 1 Februari lalu.
    Dalam insiden pada separuh pertama saingan Piala FA menentang Johor Darul Takzim (DT) di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin itu turut membabitkan jurulatih kecergasan, Stefano Impagliazzo yang ditendang di pangkal paha oleh seorang anggota keselamatan.

    Maria berkata, tugas kedutaan adalah untuk memastikan keselamatan rakyat Brazil yang tinggal di negara asing dalam kedudukan selamat.

    Info Asal : HMetro

    2 comments:

    1. sengat mat said pun tercabur main dgn sultan ni.

      ReplyDelete
    2. haramkn terus je golongan sultan ni dr bolasepak malaysia.. sultan johor ke, sultan pahang ke. semua sultan la senang.. sultan kan kerja amik port pasal agama islam. tu lebih bagus.

      ReplyDelete