BAN Takjub - Rakyat Malaysia Dah Kaya. 17 Ribu Mengaku.

Sebut jer pasal duit. Biasa manusia ni gelap mata.. Tapi rakyat malaysia ni bagus sesangat.. Tahap mentaliti tertinggi.. Bagi duit pun dia taknak.. Maybe dia rasa bersalah.. Ada betul jugak kan.. Dah duit tu untuk mereka yang berpendapatan sekian-sekian. So, kita yang berpendapatan lebih ni tak payah la amik.. Macam mana dengan kerajaan yang suka suki bazirkan duit rakyat pulak.. Takkan rakyat jer kot reti faham duit tu perlu diberikan pada yang berhak..

Apapun, duit brim tu bukan duit BN or UMNO.. Tu duit kerajaan and rakyat berhak mendapat mengikut kategori pendapatan. Macai tak payah duk jaja nama orang PR tak payah amik..


Sebanyak 17,000 penerima Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) pada tahun lepas mengambil inisiatif memaklumkan kepada kerajaan bahawa mereka tidak lagi memerlukan bantuan itu tahun ini.

  • "BR1M tahun ini agak luar biasa kerana masyarakat kita makin matang. Ada 17,000 penerima BR1M 2.0 tahun lalu yang tulis surat kepada kita menyatakan bahawa keluarga mereka tidak memerlukan BR1M.
"Walaupun sebahagian besar daripadanya masuk dalam senarai penerima tetapi merasakan bahawa mereka bukan keluarga yang memerlukan," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian BR1M 2014 bagi Parlimen Tambun di Ipoh hari ini.

  • Beliau berkata ada juga di kalangan mereka yang memaklumkan kepada kerajaan bahawa bantuan itu tidak lagi diperlukan kerana pendapatan mereka melepasi had kelayakan.
  • Ahmad Husni berkata nama 17,000 penerima itu akan dikeluarkan daripada senarai penerima BR1M.
  • Sementara itu, beliau berkata 100,000 penerima BR1M yang sepatutnya menerima bantuan itu melalui akaun bank semalam, masih belum menerima bantuan itu berikutan masalah teknikal.
Penerima yang tidak layak tetapi masih menerima bantuan itu, beliau menasihatkan orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai penerima terbabit untuk memaklumkan kepada kerajaan.

  • "Tulis surat dan beri nama orang itu. Kita akan semak dan ambil tindakan," katanya   

Pemberian BR1M 2014 kepada isi rumah berpendapatan bulanan RM3,000 dan ke bawah

  • Dinaikkan daripada RM500 kepada RM700 merangkumi 
  • RM650 dan Insurans Takaful Berkelompok Rakyat 1Malaysia (i-BR1M) sebanyak RM50.

Bagi individu bujang berumur 21 tahun dan ke atas yang berpendapatan tidak lebih RM2,000 sebulan,

  • Bantuan dinaikkan daripada RM250 kepada RM300.

Sebagai tambahan, buat pertama kalinya BR1M diperluaskan kepada isi rumah yang berpendapatan bulanan antara RM3,000 dan RM4,000 dengan nilai bantuan RM450.

Info Asal : Malaysiakini

Post a Comment

4 Comments

  1. habislah.. mau seminggu duk tayang dlm tv3

    ReplyDelete
  2. kah kah kah. dahtu balance duit brim tu buat apa.. banyak tu.. 17K x 450..

    ReplyDelete
  3. Brim, Bayaran Rasuah 1 malaysia, dr. M dah cakap tak payah teruskan, tapi Najib Teruskan juga bagi, degil betullah P>M ni, mana negara tak bangkrap & muflis!

    ReplyDelete
  4. yang mengaku miskin juga ramai kot....

    ReplyDelete