BAN Menyusu - Ibu Menyusu, Sila Ambil Perhatian.

Pepagi hari dah jadi DR ibu menyusu la pulak aku ni.. Aku share this info pun untuk semua golongan ibu yang baca.. Golongan bapa pun boleh amik port.. Kena tau jugak sikit sebanyak, apa pemakanan yang boleh and perlu elak.. As we know, susu ibu mmg susu terbaik untuk bayi.. Selain susu ibu, dikatakan susu kambing adalah susu kedua yang terbaik.. Maybe some of mother tak dapat bagi breastfeed kat anak mereka atas sebab yang tidak dijangka or tidak dapat dielakkan.. Those yang breastfeed, take note this!


Makanan berkafein

  • Seeloknya elakan terus daripada menjamah makanan ini tetapi jika anda seorang penggemar kopi, mungkin boleh mengurangkan pengambilannya setiap hari. 
  • Pengambilan makanan/minuman mengandungi kafein yang banyak akan membuatkan bayi anda sukar tidur dan mudah meragam.


Bawang putih

  • Bawang putih memang ramuan untuk menyedapkan masakan tetapi jika terlalu banyak dimakan boleh mempengaruhi bau dan rasa susu anda.
  • Tentu anda perasan kadang kala bayi seolah-olah menolak dan enggan minum susu anda. 
  • Mungkin dia tidak gemar dengan bau bawang putih yang kuat. 
  • Sudah tentu ia mengganggu kelancaran proses penyusuan susu badan secara eksklusif.


Buah masam

  • Bagi ibu yang menggemari buah-buahan masam, lupakan seketika kegemaran anda jika mahu berjaya menyusukan bayi tanpa gangguan. 
  • Jeruk, lemon, mangga muda dan asam segera tidak elok untuk penghasilan susu yang berkualiti. 
  • Biasanya rasa asam tersebut boleh mempengaruhi perut bayi.


Kekacang

  • Kekacang dikatakan menjadi makanan punca alergi. 
  • Sekiranya ibu yang menyusukan bayi terlalu banyak makan kacang, tidak mustahil bayinya akan terkena masalah alergi. 
  • Oleh itu sebaiknya elakkan daripada mengudap kekacang. 
  • Seeloknya makan makanan yang kaya dengan khasiat serta boleh membanyakkan penghasilan susu seperti kismis, kurma, apricot dan bermacam lagi.


Info Asal : Pa&Ma

Post a Comment

4 Comments

  1. best tak susu ibu?

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  3. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete