BAN #MH370 - Pegawai Imigresen Dan Pegawai KLIA Wajib Ke Muka Pengadilan!

Kalau imigresen punya kerja. Rakyat malaysia dah tau... Kalau imigresen betul2 buat kerja, takdenya berlambak pendatang asing kat malaysia. Nowadays tumbuh bak cendawan. Dah ibarat mengalahkan kelahiran bayi di hospital. Tangkap2 buat larian 100 meter, masuk tv konon buat kerja. Tuptap esok lusa dah ada pekerja asing kat area aku. Ok ada permit. puiii

Now kes di KLIA pulak. Macam mana pegawai KLIA boleh terlepas memeriksa mamat ni. Aku heran, kan security kat KLIA tu tahap dewa planet pluto. Labur juta-juta tapi yang ni terlepas. More better pegawai yang uruskan hal ni bagi press statement kat media. Biar rakyat tahu. Apa kerja ko buat.


Kewujudan dua penumpang menggunakan pasport milik orang lain di dalam pesawat MH370 termasuk seorang disyaki dari wilayah Xinjiang, China mendorong pihak berkuasa meluaskan skop siasatan kepada pelbagai kemungkinan termasuk unsur pembabitan pengganas.

Sumber rentetan kes 2 penumpang :

  • Dua lelaki terbabit dikesan masuk ke negara ini pada 28 Februari lalu melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kira-kira jam 8.30 malam. 
  •  “Mereka tiba di KLIA dengan menaiki pesawat Qatar Airways QR849 dari Doha, Qatar,” katanya.
  • Semakan pihak berkuasa juga mendapati dua lelaki terbabit memasuki negara ini menggunakan pesawat sama pada masa yang hampir sama sebelum seorang daripada mereka menaiki pesawat MH370 ke Beijing pada 7 Mac lalu.

“Seorang daripada mereka hanya mempunyai rekod masuk (tiba) ke KLIA, tetapi tiada rekod keluar (dari KLIA). Namun kami percaya suspek kedua itu juga turut menaiki pesawat MH370 ke Beijing,” katanya.

Info Asal : HMetro

Post a Comment

3 Comments

  1. PENJAWAT AWAM. KAH KAH KAH

    KERJA LEPAK KEDAI KOPI

    ReplyDelete
  2. ketirisan duit pun penjawat awam. audit tiap tahun. tapi takde pun yg bersalah tu tampil bg kenyataan. patut pengarah jabatan tu kena tanggungjawab!

    ReplyDelete
  3. Berani kerana benar!

    Pastikan majikan anda membuat caruman KWSP setiap bulan dan laporkan kepada KWSP sekiranya berlaku keadaan seperti berikut:-
    •Majikan anda tidak mencarum bagi pihak anda;
    •Majikan anda memotong gaji anda tetapi tidak mencarum bagi pihak anda;
    •Caruman yang dibayar untuk anda adalah kurang daripada jumlah yang ditetapkan;
    •Caruman yang dibayar oleh majikan tidak mengikut tempoh bulan yang betul;
    •Maklumat yang disediakan oleh majikan dalam borang caruman tidak lengkap dan betul.

    Untuk maklumat lanjut sila klik di pautan ini:-
    http://www.kwsp.gov.my/portal/ms/web/kwsp/member/member-responsibility/contribution/lodging-a-complaint-on-contribution

    ReplyDelete