• Politik Terkini

    Tuesday, March 11, 2014

    BAN #MH370 - Raja Bomoh KLIA : Mengetum Dari KL Ke KK Melalui Tawau.

    Melayu dgn bomoh, bertahyul berpisah tiada. Dulu tok bomoh pakai kain sarung jer. Sekarang dah update, pakai baju kot, pakai songkok. Mengetum habis tersasur perdana menteri malaysia mahathir.. Tak cukup lagi haa, naik aeroplane dari KL ke KK.. Sampai tawau nampak macam garuda... Teropong ajaib sekali dengan bambu ikan air masin dibawak sekali haahhhh... Woiiii nantikan ikan tak masuk ko bawak pi tahan bambu kat KLIA... Opsss nak cari #MH370

    Aku letak sekali google maps. Tengok mcm mana flight ke kk melalui tawau.. Terpukau sejenak dengan bomoh klia.



    8 comments:

    1. hadoi.. parah akidah umat islam mcm ni

      ReplyDelete
    2. pengaruh cerita p.ramlee bomoh ni

      ReplyDelete
    3. melayu oh melayu

      ReplyDelete
    4. NILAI - Kira-kira 70 hingga 80 pelajar warga asing sebuah kolej tempatan, di sini, semalam berkumpul secara aman sebagai tanda protes terhadap pihak pengurusan kolej.

      Menurut Ketua Polis Daerah Nilai, Superintendan Abdullah Roning, kesemua pelajar terbabit berkumpul di ruang legar utama kolej berkenaan, seawal jam 8.30 pagi untuk menzahirkan rasa tidak puas hati mereka atas ketidakcekapan pihak pentadbiran.

      “Dipercayai, insiden ini mempunyai hubung kait dengan penangkapan dilakukan pihak berkuasa terhadap beberapa pelajar kolej ini yang didapati mempunyai masalah dengan visa masing-masing, baru-baru ini.

      “Mereka yang berkumpul hari ini (semalam) cuba menyalahkan pihak kolej sebagai tidak efisien kerana lambat menguruskan visa pelajar terlibat, sehingga mengakibatkan rakan mereka ditangkap,” katanya.

      Katanya lagi, pihak kolej kemudiannya menghubungi polis untuk memantau dan mengawal keadaan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

      “Bagaimanapun, tiada tangkapan dibuat terhadap pelajar terbabit,” katanya.

      ReplyDelete
    5. Aku sebagai rakyat Malaysia sungguh malu dengan cara ritual merapu meraban bomoh ni. Siapa pegawai tinggi negera yg membawa bomoh ni? Dimana mufti2 yg selalunya lantang membidas pihak pembangkang spt mufti perak dan bekas mufti johor.

      ReplyDelete
      Replies
      1. sibuk nk keluar fatwa pilihanraya kajang

        Delete
    6. Kurafat. Bohongnya sampai tersesebut 1 Malaysia ciptaan Mahathir

      ReplyDelete
      Replies
      1. dia tu mcm peminat mahathir jer. taksub sgt

        Delete