• Politik Terkini

    Sunday, March 9, 2014

    BAN Puchong - Gadis Terselamat Terpedaya Jadi GRO. Puchong Lagi !

    Gadis GRO ditangkap. Paling sadis kena perdaya. Warga asing sekalipun, takkan sampai nak pedajal mereka yang datang nak bekerja. Yang aku heran kenapa takde tindakan pada mereka yang bawak masuk pendatang asing. Yang selalu dengar asyik GRO jer kena tangkap. Tauke pusat tu takde pun sekali masuk TV. 2 3 bulan buat lagi. Paling teruk pun masuk balai amik report. Lepas tu tindakan takde. Lesen kena tarik, tapi masih berlambak yang berlesen beroperasi.

    Yang patut dipersoalkan, kenapa kerajaan negeri tak hentikan terus lesen hiburan ni. Kalau kat area puchong klang. Tak payah cakap. berlambak ada... Nak jaga hati non-muslim hinggakan mengorbankan sosial remaja. Bodoh punya alasan kalau macam tu..


    Empat remaja warga asing bawah umur berjaya diselamatkan daripada aktiviti pemerdagangan manusia dalam serbuan terhadap dua pusat hiburan, Jalan Puchong Mesra 1, di sini kelmarin.

    Dalam serbuan jam 7.10 malam itu, empat remaja berusia 16 dan 17 tahun itu ditemui bersama 89 lagi pelayan pelanggan (GRO) warga asing di dalam bilik khas dipercayai sedang menunggu dilanggan lelaki hidung belang yang mengunjungi pusat berkenaan.

    Keempat-empat remaja itu dipercayai diperdaya oleh satu sindiket pemerdagangan manusia yang membawa masuk gadis daripada negara jiran untuk aktiviti tidak bermoral di negara ini.

    “Selain daripada empat gadis bawah umur ini, 89 GRO ditahan membabitkan 71 warga Vietnam, 17 warga China dan tiga warga Kemboja serta dua daripada Thailand berusia lingkungan 16 sehingga 30 tahun.

    Info Asal : HMetro

    3 comments:

    1. Teruk & Malu lah Malaysia kali ini........Kerajaan apa-apa pun teruk....kes liwat paling pandai saja!

      ReplyDelete