BAN #MH370 - Itu Flight Jumpa Sana Bangladesh Perairan. Manyakk Mungkin Laaa

Pusing sana, pusing sini.. Itu bangladesh juga timpatnya mh370 mau pigi kaaa.. Risaaanya tidak ada itu binglidesh itu atas ituu mh370... Tapi rasanya ada mungkin laaa.. Itu ada unsur elemen elemen mh370 ada itu sanaaa perairan binglideshhh... Ini macam, nanti itu iskar binglidesh wakan turun cari gali itu mh370...

Yap wailoonn, sap wai kummm.. bangla itu jugak di tuju..

KUALA LUMPUR: Sebuah syarikat penerokaan Australia telah mendakwa telah menemui bangkai pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370 yang hilang sejak 8 Mac lalu.

Syarikat GeoResonance dalam sebuah laporan oleh 7News Australia menyatakan bahawa ia melakukan pencarian sendiri pesawat tersebut sejak 10 Mac, dan telah mengesan objek yang berkemungkinan bangkai pesawat di Teluk Bengal, 5,000 kilometer dari kawasan pencarian sekarang iaitu selatan Lautan Hindi.


Menurut jurucakap GeoResonance, David Pope, pihak penyelidiknya telah mengesan elemen pada dasar lautan yang dikatakan konsisten dengan elemen pesawat.

"Teknologi yang kita gunakan pada asalnya direka untuk mencari kepala peledak nuklear, kapal selam. Pasukan kami di Ukraine memutuskan kita perlu cuba dan bantu," katanya seperti yang dipetik 7News.

Pencarian syarikat berpangkalan di Adelaide itu melibatkan kawasan seluas 2,000,000 km persegi di perairan di mana P itu dikatakan terhempas, menggunakan imej dari satelit dan pesawat.

Saintis syarikat tersebut juga menumpukan usaha mereka di kawasan utara dengan menggunakan lebih 20 teknologi menganalisa data termasuk reaktor nuklear.

Kata Pope, GeoResonance telah membandingkan penemuan mereka dengan imej-imej yang diambil pada 5 Mac, iaitu tiga hari sebelum MH370 dilaporkan hilang, namum mereka tidak berjaya menjumpai apa yang telah dikesan di kawasan itu.

"Bangkai itu tiada di situ sebelum kehilangan MH370. Kami tidak kata ia sememangnya MH370, merupakan petunjuk baru boleh kami lakukan susulan," kata Pope.

Dalam pada itu, seorang lagi jurucakap syarikat, Pavel Kyrsa memberitahu bahawa beberapa unsur yang terdapat pada pesawat komersil, telah dikesan di kawasan Teluk Bengal itu.

Katanya unsur yang dikesan itu merupakan unsur kimia yang digunakan pesawat Boeing 777 seperti aluminium, titanium, tembaga, aloi keluli dan bahan-bahan lain.

Terdahulu, dalam sidang taklimat bersama media di Perth pada Isnin, Perdana Menteri Australia, Tony Abbott berkata kemungkinan penemuan serpihan pesawat di permukaan laut adalah tipis.

Kata Abbot, misi pencarian kini telah memasuki fasa baru dimana setakat ini, pencarian menerusi udara, permukaan mahupun dalam laut masih belum berhasil.

Abbott menerangkan bahawa misi pencarian baru ini akan memberi fokus kepada satu kawasan yang lebih luas di dasar laut. (astroawani)



Post a Comment

4 Comments