BAN Sadis - Tragis Episod Cinta Nepal. Peringatan Pada Gadis

Ibu mana yang tak sedih, anak yang dikandung 9 bulan.. Dijaga penuh rapi.. Siang malam duk tengok jer takut tersedak susu ker, kena gigit nyamuk ker.. Terkejut ker. Bila besar, kenal kehidupan, kenal laki pompuan, kenal pelbagai jenis informasi tunggang langgang, kenal cinta.... Kenal cinta tu paling bahaya sekali.. Tersilap langkah boleh membawa padah.. Nak bercinta tu boleh, tapi jangan ko letak sepenuh kepercayaan. Semua hati sanubari ko pertaruhkan. Dah ibarat takde kematian dan kesusahan mendatang bila ko bersama dengannya...

Gadis kat luar sana.. Jadikan kisah ni sebagai satu sempadan tembok besar israel dalam percintaan.. Jangan main hendap jer, main ikut suka ko jer.. Main buta hati jer.. Sekali terkena, menyesal tak sudah. Pandai-pandailah memilih pasangan.


Cinta sejati membawanya ke Nepal untuk tinggal bersama suami dengan meninggalkan ibu bapa di tanah air, namun pengorbanan itu akhirnya membawa penderitaan apabila hidupnya bertukar ibarat hamba abdi di bumi asing.

Itulah nasib menimpa Nur Sri Rahayu Marimon, 24,
Yang kini terpaksa bekerja sebagai pemecah batu dan mencari kayu api untuk menyara kehidupannya bersama dua anak di Pathari 1 Morang, kira-kira 450 kilometer dari Kathmandu, Nepal.
Menceritakan kisah anaknya itu, ibunya, Jaliah Tamin, 52, berkata :
Anak keenam daripada sembilan beradik itu terkandas di kampung suami di kawasan pedalaman berkenaan sejak empat tahun lalu.
Menurutnya, Nur Sri Rahayu atau lebih mesra dipanggil Ayu berkahwin dengan suaminya, seorang lelaki warga Nepal yang bekerja di sebuah kilang di sini pada 2006 atas dasar cinta, biarpun dia keberatan membenarkan perkahwinan itu dilangsungkan.

“Lelaki Nepal itu memeluk Islam dengan menggunakan nama Osman. Disebabkan anak saya nekad untuk berkahwin dengan Osman, saya terpaksa bersetuju menikahkan mereka.

Info Asal : HMetro

Post a Comment

8 Comments

  1. time bercinta, kena ayat manis nepal yg muka ala shahrukh khan.. semua angguk...

    ReplyDelete
  2. pengajran untuk anak gadis hrni.. jgn taksub sgt bercinta

    -mak anon

    ReplyDelete
  3. cikgu kt sekolah patut paparkn cerita ni. bgtau kat pelajar.. brainwash biar pandai memilih pasangan!

    ReplyDelete
  4. Klu da kawen tu mohon jgn derhaka ngn suami.. Syurga isteri bwh kaki suami.. Rezeki, ajal maut tangan Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yg tu pandai jer ko ckp.. dah kalau kes mcm ni. aper cerrr

      Delete
    2. Syurga isteri bawah kaki suami? Hadis mana cakap?

      Delete
  5. kerana Nepal kuturutkan!

    ReplyDelete
  6. puak2 indon , bangla dan seumpamanya kalau diaorang senang (kaya)kat negeri dia tak akan mai kat malaysia ni. cari duit..Ingat itu sudahla pi kawin dengan puak ni memang cari bala.

    ReplyDelete