• Politik Terkini

    Sunday, April 20, 2014

    BAN Sukan - TMJ : Dukacita TMJ Terhadap Penyokong JDT Dan Penjelasan Isu Pemain Serta Jurulatih

    TMJ melabur jutaan ringgit untuk naikkan JDT. Semua gara-gara untuk naikkan martabat bolasepak negara.. Tapi melabur juta-juta untuk dapatkan pemain bertaraf dunia.. Hasilnya pemain tempatan tetap sama dan poyo dengan gaji ribuan ringgit.. Dengan fitness tak stabil, kadang okey, kadang tak okey.. Kadang aksi mcm power, kejap macam siput sedut.. Jiwa semangat juang melayu tebal tertanam.. Bila senang, mula lenang.. Lupa daratan, lupa asal usul..

    Aku respect dengan pencapaian yang cuba diusahakan TMJ.. Dengan duit dan kuasa pangkat. Semua jadi.. Maybe impak dia tak nampak dalam masa terdekat.. Aku rasa bukan setakat JDT berbelanja besar, sekarang banyak team sanggup melabur ribuan ringgit untuk dapatkan pemain import berkualiti.. Bila import buat taik.. Pengurusan merana.. Duit entah kemana.. Najib dan Rosmah jugak best...


    Assalamualaikum kepada semua peminat dan penyokong Johor Darul Ta'zim (JDT).
    Disini saya ingin meluahkan rasa dukacita kerana majoriti daripada anda begitu cepat melatah dan terus membuat spekulasi tanpa mengetahui cerita dan fakta yang sebenar.

    Pertamanya, usahlah anda semua menjadi mangsa batu api dimana bekas pemain JDT, Andre Silva ada membuat kenyataan melalui laman sosial miliknya yang mana secara peribadi menyatakan ada ejen pemain Persatuan Bolasepak Negeri Johor (PBNJ) merupakan dalang disebalik peristiwa ini sedangkan apa yang berlaku adalah sebaliknya.
    Andre yang sebenarnya merayu kepada ejen tersebut untuk kembali beraksi bersama pasukan JDT namun pemintaannya telah ditolak oleh pengurusan PBNJ dan sekarang ini menuduh pula ejen tersebut menjadi dalang dalam PBNJ. Ingin saya kongsikan bersama anda semua iaitu detik ketika Andre masih lagi berkhidmat untuk pasukan JDT, saya diberitahu oleh pemain lain dan jurulatih bahawa beliau ada membuat kenyataan bahawa beliau sudah tidak sabar untuk meninggalkan pasukan kerana tindakan pengurusan mengenepikan Fandi Ahmad sebagai jurulatih pasukan. Ini membuatkan saya tidak mempunyai pilihan selain menamatkan kontrak beliau kerana polisi kami jelas tidak mahukan pemain yang tidak mempunyai keinginan untuk bersama pasukan. Jadi janganlah anda menjadi mangsa sehingga menyebabkan kita berpecah belah oleh kerana hal-hal peribadi orang lain yang punyai agenda tersembunyi.

    Keduanya, berkenaan jurulatih berpengalaman Cesar Jiminez. Masalah yang paling besar adalah dari segi komunikasi. Ini kerana sewaktu didalam bilik persalinan, para pemain kurang faham dan jelas dengan arahan yang diberikan oleh Jimenez disebabkan beliau kurang fasih dengan Bahasa Inggeris serta beliau gagal memotivasikan para pemain dalam setiap perlawanan. Para pemain juga manusia dan perlu diberikan motivasi, bukan setakat diarahkan sahaja melaksanakan tugas.

    Ketiganya, keputusan untuk menukar Baihakki Khaizan dan Pablo Aimar adalah cadangan Cesar Jimenez dan saya semasa beliau masih menerajui pasukan JDT.
    Baihakki merupakan seorang pemain pertahanan yang bagus namun untuk bersaing dengan penyerang-penyerang import pihak lawan, kita perlu mendapatkan pemain yang mempunyai pengalaman luas diperingkat antarabangsa. Cesar mencadangkan bahawa kita perlukan pemain yang mempunyai fizikal lebih besar dan kuat.
    Pablo Aimar pula sekarang ini masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan yang mana beliau tidak dapat memberikan persembahan 100% diatas padang dimana selepas beliau beraksi dalam 2 perlawanan kami terpaksa merehatkan beliau untuk 6 perlawanan berikutnya kerana kecederaan. 

    Dengan jumlah pelaburan yang tinggi, kita tidak bernasib baik buat masa ini apabila hanya mampu menggunakan satu pemain import antarabangsa serta satu import Asean dan ianya amat merugikan pasukan. Sehubungan itu, pihak kejurulatihan telah mencadangkan kepada ppengurusan PBNJ untuk mendapatkan pemain baru yang berkeupayaan untuk beraksi dan cergas selama 90 minit perlawanan. Ini juga untuk mengimbangi serta menyaingi pasukan lain oleh kerana kebanyakan pasukan lain sendiri mempunyai tiga pemain import yang berwibawa dan kelebihan nyata berpihak kepada mereka apabila kita kekurangan pemain yang benar-benar berkualiti di atas padang.

    Keempat, berkenaan percaturan PBNJ yang sering menukar ganti pemain. Pihak pengurusan harus menghormati permintaan pihak jurulatih sebagai contoh, jika jurulatih perlukan penyerang yang baru, kita harus berusaha mendapatkan pertahanan/ pemain tengah/penyerang yang baru. Pihak pengurusan seharusnya menyokong setiap saranan jurulatih demi mencapai sasaran kita.

    Kelima, isu perlantikan Bojan Hodak adalah berdasarkan rekod pencapaian beliau dimana beliau pernah memenangi empat kejuaraan serta pengalamannya yang luas di dalam liga Malaysia disamping beliau amat mengenali kekuatan pemain-pemain dan pasukan tempatan.

    Disini ingin saya nyatakan bahawa
    Cesar Jiminez masih lagi berada di dalam PBNJ selaku Pengarah Taktikal dan akan terus membantu Bojan Hodak. Beliau juga akan membimbing dan mendidik pemain-pemain muda dalam pasukan JDT II dan Piala Presiden.
    Akhir sekali para penyokong haruslah bersyukur dengan pasukan yang telah dibentuk sekarang ini daripada barisan pemain, jurulatih hinggalah ke penaja pasukan dimana kita mampu untuk bersaing dengan pasukan- pasukan lain. Kita juga harus menjadi contoh sebagai sebuah persatuan bolasepak yang profesional di Malaysia khususnya. Perlu juga dilihat dari sudut yang positif dan usah hanya memandang kepada yang negatif, lakaran tiga kemenangan berturut-turut telah memberikan nafas baru untuk kita terus bersaing.

    Saya selalu memberi nasihat kepada sekalian rakyat Johor untuk sentiasa bersatu bak kata pepatah 'Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh'. Kita harus sedar bahawa kita belum lagi mencapai objektif utama kita dan jangan pula menjadi bahan cacian pasukan-pasukan lain. Jika dilihat apa yang telah berlaku, belum mencapai apa-apa lagi kita sudah berpecah belah. Sepertimana yang saya pernah katakan dahulu, kita seharusnya menjadi contoh kepada pasukan-pasukan lain.

    Kepada anda yang begitu mudah sangat mengugut untuk mengosongkan stadium, apa yang anda katakan telah menunjukkan kepada saya bahawa anda jelas kurang keyakinan dengan pentadbiran saya selaku Presiden PBNJ.
    Maka dengan itu, saya tidak teragak-agak untuk mengundur diri dan memberi laluan kepada mana-mana individu yang anda fikirkan layak.

    DYAM Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim
    Tunku Mahkota Johor

    Info Asal : JohorSouthern

    7 comments:

    1. presiden tumbok.. now anak buah dah start tumbok.. TMJ.. Tumbok Malaysia Johor

      ReplyDelete
    2. Penampang: 19 வயதான பெண் இங்கே உயர்ந்த மனிதன், Penampang சாலை ஒரு உணவு விடுதியில் ஒரு முகமூடி அணிந்த மனிதன், காலை, 4:30 பற்றி மூலம் அமிலம் நம்பகமான தெளித்தது பின்னர் இறந்தார்.

      அது திடீரென்று ஒரு மனிதன் பாதிக்கப்பட்ட முகங்கள் திரவ தெறித்தல் அமிலம் இருக்கும் என்று நம்பப்படுகிறது ஒரு முகமூடியை அணிந்து போது பாதிக்கப்பட்ட மற்றும் இரண்டு சக ஒரு உணவு விடுதியில் உணவு ஆர்டர் என்று கற்று.

      வலி ஆட்டுவித்த பாதிக்கப்பட்ட, இரண்டு நண்பர்கள் ராணி எலிசபெத் மருத்துவமனை (HQE) விரைந்து நேற்று 11.20am சிகிச்சை போது இறந்தார்.

      Penampang மாவட்ட போலீஸ் தலைமை துணை கண்காணிப்பாளர் ரத்தன் குமார் சிங், தொடர்பு போது, நிகழ்ச்சியை உறுதி மற்றும் விசாரணை இன்னும் நடந்து வருகிறது.

      ReplyDelete
    3. Replies
      1. JDT tu maknanya JOHOR dah TEWAS!!!!

        Delete
    4. Jgn lupa jg jaga perangai penyokong2 tu,pergaduhan yang berlaku sekarang adalah berpunca dari penyokong johor..mereka ni ibarat kadok naik junjung..ingat team depa bagus lepas tu cari pasai dgn penyokong pelawat..jadi bila lawat kat luar mmg d tunggu le..lihat saja sampai pecah cermin kereta tp apa tindakan?

      ReplyDelete
      Replies
      1. hooligans jaguh kampung. tu baru kat perak.. belum lagi fans otai TRW buat hal.. fans lain dah professional. tapi fans JDT yang baru nak up ni nak tunjuk lagak kuat.. sekali kena serbu kat perak.. Lari lintang pukang...

        Delete
    5. JOHOR DARUL TUMBUK....

      ReplyDelete