BAN Tragis - Penjawat Awam Kena Penangan Cinta Afrika, RM100K Melayang!

Banyak tuuu... Seratus Ribu... Kalau derma kat masjid or bagi kat anak yatim.. Dapat jugak pahala.. Duk mencari cinta tahyul dalam internet.. Nah rasakan penangan afrika... Ingatkan dapat cinta pompuan sejati afrika.. Sekali kena balak batang berjuntai.. Maner tak hot.. Tapi hot macam maner skalipun, maner ko nak cekau mamat afrika ni.. Nak upah hacker suh cari, mau duit keluar lagi.. Berbaloi tak, kena yang ko cari tu scammer gangster afrika.. Tak pasal2 jadi gaduh besar... Email berantai mat scammer nie berlambak.. Aku sendiri pun banyak terima email kasih sayang hakkktuiihhh ni.. Jangan baca, terus delete...


“Saya tidak tahu nak kata apa apabila tahu wanita yang saya jatuh hati itu sebenarnya lelaki Afrika,” kata seorang lelaki yang kerugian lebih RM100,000 akibat terperangkap dalam sindiket cinta Internet atau ‘love scam’ didalangi warga Afrika.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Azhar, 28, berkata, dia kini hanya mampu menangis selain menyesali kebodohan diri gara-gara kemaruk cinta terhadap wanita bernama Alina yang dikenali menerusi kiriman e-mel pada Julai tahun lalu.

“Dalam e-mel dikirimnya, Alina memberitahu, dia tinggal di United Kingdom (UK). Bapanya rakyat Malaysia manakala ibunya warga Eropah dan sekarang dia mahu datang ke negara ini untuk mencari keluarga bapanya.

“Dia turut memberi satu alamat yang kononnya alamat terakhir keluarga bapanya. Saya membuat pemeriksaan di Internet dan mendapati alamat itu wujud menyebabkan saya menyambut salam persahabatannya,” katanya, semalam.

Pada mulanya, Azhar yang juga seorang kakitangan awam sekadar mahu berkawan sebelum jatuh hati dengan cara wanita itu berkomunikasi dengannya selepas sebulan berkenalan.

Info Asal : HMetro

Post a Comment

6 Comments

  1. sangap sgt nak bercinta tu pehal.. nk sgt popular cinta melalui internet. batang hidung pun tak nampak. aku heran la. mcm maner boleh jatuh cinta mcm tu.

    ReplyDelete
  2. kisah cinta pilu.. tersentuh hatiku..

    hakpuiiii

    ReplyDelete
  3. Sy ada satu soalan nak tanya awk.

    Kelmarin dahulu,sy ada la kirim duit kat spupu sy Saro Odeiys,dan Gijoe Azmee suruh beli tiket masa lawan JDT..Pah esokkan hari tu sek dia beli.Tapi saya xingat nak tanya sek dia beli dah ke atau x lagi.Sampai la petang keesokkan tu,dalam pukul 6,lebih kurang,saya pun msj la kok alek Facebook kat spupu saya Saro Odeiys tu,tanya dah beli ke belum tiket.Dia kata,tiket dah ada,jadi saya pun roger,dan pergi mandi bersiap nak pergi stadium..

    Dalam lebih kurang pukul 7,saya bertolak pergi.Dalam kereta tu saya dah berasa panas pedih,panas pedih nak kalah.Tapi saya memujuk juga hati saya ini,supaya pergi juga ke stadium.Masa sampa kat KB,jalan memang jeng teruklah.Sy sampai dumah spupu saya dalam lebih kurang pukul 7.30 mlm.Saya parking kat dumah dia sebab takut nanti tersumbat bila kat stadium.Selepas siap smayang garib dumah dia,saya pun bergendong dengan spupu saya,naik motor pergi stadium.

    Masa saya lalu depan stadium tu,saya tengok orang ramai tengah beratur sampai tepi jalan.Saya ingatkan orang tengah beratur nak ambik air smayang,nak smayang garib.Rupanya-rupanya,orang beratur nok masuk stadium.Punyalah ramai orang yang diberi harapan palsu pada masa tu..

    Lepas saya parking moto,saya pergi beratur kat Gate C.Orang berjujuk tengah beratur.Sampai poklis yang berjaga kat situ otak,suruh orang ramai jangan dok menolak.Saya pun kesiankan poklis tu,tolong sound juga kat orang yang tengah menolak tu.Ambo kata "jangan dok menolak gak.Kalau 'menerak' xpe"..

    Akhirnya saya dapat juga masuk stadium.Tempat duduk memang full house.Saya pun lepak depan pagar dulu,intai2 takut ada tempat kosong.Masa sy tengah dok mengitai tu,sy dengar juruhebah buat pengumuman barisam pemain dan pengadil.Sy dengar dia umum kata,pengadil ketiga namanya 'Annuar Musa'.Sy terkejut beruk ingatan Nuar Musa KAFA tu.Rupanya bukan sebab Nuar Musa pengadil ni xde gelaran Tan Sri..
    Tengah2 dok menyari tempat kosong tu,sy nampak ada ruang kosong di kelompok Ultras.Sy pun gape lagi,pergi la duduk situ kat situ.Tapi sy silap,jiwa sy bukan jiwa Ultras.Masa sek dia tengah berchanting,berjoget,sy nge spupu sy je kerah kerenkong.Bodoh selalu nampak.Kena pulak masa tu sy dok kat tepi Ultras tine.Tengoh2 dok berempet tu,sy tersetuh la tine tu.Batal air smayang sy tadi,yang saya ambil kat rumah spupu spupu saya tadi.Ingat lepas tengok bola kejap lagi,nak smayang Isya terus.Tapi xjadi.
    Habis je 1st half,sy jadi tersumbat.Gelempar nak tubik dari stadium.Xlepas bernyawa.Sy pun bagi la cadangan kat sepupu saya nak tubik stadium.Tapi dia nak duduk lagi.Saya kata kat dia,"begini la bro,kito omjus.Kalu gua menang,kita tubik.Kalu lu menang kita stay".Sy pun omjus la dengan dia.Mula2 omjus,sy menang.Lepas tu sy ajak la dia keluar.Tapi dia degil dan buat alasan,katanya kena omjus sengkak tiga kali.Saya pun bermain la angin dia,takut dia berkecil hati.Omjus kali kedua tu,dia menang.Jadi keputusan seri.Masa di set penentuan,sy telah mengomjus burung,dan spupu sy omjus air.Jadi ini bermakna sy menang.Dan kami pun keluar dari stadium tu..

    Masa keluar dari stadium tu,saya cari la kedai yang pasang big screen.Cari punya cari,jumpa la kedai depan Klinik Kesihatan KB.Meja makan memeng penuh.Ada jugok sy tengok orang yg duduk atas mutor,tengok bola.Pah ke sy,tengok bola atas motor.Tengah sedak tengok bola tu,ada la pelayan dok main lilas lilas depan sy.Disebabkan serabut mengelis,sy pun oderlah Milo ais 2 gelas.Dia pun bawak mari dalam gelas plastik.Sy minum satu,sy buwi kat spupu sy satu.Sy minum Milo ais dia memang sedaplah.Sungguh!..Lemak manis molek,disukai ramai.Dengan air Milo atas beng zaman sekolah rendah dulu pun sedap air Milo ais dia lagi..

    Jadi soalan sy,kat awak2 semua,takut2 sek awak tahu,ataupun tuan kedai tu sendiri baca post saya ni.Nak tanya dia guna susu apa ye,air Milo dia sedap,lemak molek.Takut ada susu yg lebih molek lagi je.Sebab biasanya sy biasa guna susu Marigold??

    (Versi cakak luai)

    ReplyDelete
  4. RM 100k, tak banyak lagi, sebab rekod tertinggi setakat ni, yang kena tipu dengan Negro di Malaysia ialah seorang wanita (andartu). nak tahu berapa! RM 4.6 juta!

    ReplyDelete