• Politik Terkini

    Thursday, May 15, 2014

    BAN Politik - Najib Digesa Malaysia Keluar Dari PBB

    Human Right yang bangang.. Yess aku setuju.. Kata-kata najib yang menyatakan human right adalah satu fahaman yang memperkotak-katikkan agama islam.. Pun aku setuju... Malaysia keluar dari PBB, aku tak setuju.. Memang PBB yang mengutarakan perjuangan humanisme dan sekularisme.. Tapi ini malaysia, perlembagaan agama islam menjadi sandaran.. Ditadbir oleh orang islam, so segala humanisme dan sekularisme mesti mengikut acuan malaysia sendiri.. Apa semua negara lain ikut acuan PBB 100% ker.. Kira aman damai...

    Bukan nak kata aku backup najib, tapi ada certain thing yang betul. Kita sokong.. Yang gampang pasal pembaziran.. Itu kena tentang... Era najib razak penuh konspirasi.. Itu betul...

    Sebuah badan pemikir yang ada berkaitan dengan PKR menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak supaya membawa Malaysia keluar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan dakwaan beliau bahawa humanisme dan sekularisme adalah ancaman kepada Islam.


    Pengarah Penyelidikan Institut Rakyat, Yin Shao Loong berkata itulah langkah yang lojik bagi perdana menteri kerana PBB merupakan penganjur utama hak asasi manusia di seluruh dunia.

    Ketika berucap merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Kebangsaan di Kuantan semalam, malam tadi Najib dilaporkan berkata fahaman itu dilihat seolah-olah menjadi satu cabang agama baru yang amat pesat berkembang di dalam dan luar negara.

    Menurut perdana menteri lagi, fahaman humanrightisme itu - rambu dan rencah utamanya berasaskan pemikiran humanisme dan sekularisme serta liberalisme.

    Najib dilaporkan berkata :
     Ia bersifat songsang apabila mengagungkan kehendak dan nafsu manusia semata-mata dan menolak sebarang sistem nilai yang merangkumi norma agama dan adab susila dan mereka lakukan itu kononnya atas dasar memperjuangkan hak asasi manusia.
    Dalam satu kenyataan semalam, Yin menegaskan bahawa PBB mempromosi Deklarasi Hak Asasi Manusia Sejagat, yang merangkumi kebebasan bersuara, kebebasan beragama, persamaan dan persaudaraan di kalangan manusia, kebebasan dan keselamatan diri, kesaksamaan di sisi undang-undang, dianggap tidak bersalah sebelum terbukti bersalah, hak untuk kebebasan berhimpun secara aman dan berpersatuan, hak untuk pendidikan, dan lain-lain ancaman terhadap prinsip-prinsip tersebut. (Malaysiakini)

    2 comments: