• Politik Terkini

    Thursday, May 29, 2014

    BAN Sial - VIP Dalam Sindiket Diesel. Tindakan ?

    Cuba kalau ni orang biasa.. Rakyat tempatan yang ke laut setiap hari.. Then tertangkap seludup diesel skit.. Konfem terus kena tangkap. Tanpa kecoh, terus masuk lokap.. Tapi bila babitkan VIP. Macam pundek buat tindakan. Kotey terus kecut!

    Serbuan dibuat, dapat balik diesel. Tapi owner yang buat kerja pedajal ni diam. Takde pulak gambar dia tertangkap. Sebab VIP, so kena tunduk la yea. Ni jadinya kalau kuasa penjawat awam terhad terhadap VIP. VIP naik tocang.

    Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) tidak mengenepikan kemungkinan ada pembabitan orang kenamaan di belakang sindiket penyeludupan diesel terbesar yang pernah ditumpaskan setakat ini dalam satu operasi bersepadu di sekitar perairan Pulau Lima, Sungai Rengit di sini, Isnin lalu.


    Dalam operasi 5.20 petang itu, pasukan penguat kuasa dari ibu pejabat KPDNKK Putrajaya berjaya merampas 3.7 juta liter diesel bersubsidi bernilai RM7.4 juta selain menyita empat kapal tangki dengan nilai rampasan keseluruhan berjumlah RM50 juta.

    Pihaknya turut menahan 52 anak kapal warga asing dalam operasi dipercayai dapat melumpuhkan kegiatan sindiket penyeludupan diesel antarabangsa yang bermaharajalela di perairan selatan tanah air.

    Hasil risikan mendapati sindiket berkenaan meraih keuntungan lumayan dengan menjual bahan bersubsidi itu pada harga AS$1 bersamaan RM3.20 seliter kepada kapal asing selain menjualnya terus ke negara lain.

    “Kejayaan terbesar dalam sejarah rampasan diesel bersubsidi negara itu adalah hasil siasatan terhadap dalang sindiket sama yang ditahan di Pelabuhan Kuantan, Pahang pada 4 April lalu dan sekitar Tanjung Belungkur di sini pada 19 Mei lalu. (HMetro)

    10 comments:

    1. malaysia.. apa nak pelik..

      ReplyDelete
      Replies
      1. sama ja semua tempat

        Torrent Movie Melayu, Majalah & Komik Malaysia @ MelayuCrewz

        Delete
    2. menteri malaysia.. biasala bro. 50 tahun memerintah.. semakin kaya semakin berjimat.

      ReplyDelete
    3. dok crita pasai tangkap minyak dseludup ni kerap noo dicanangkan lani, xlain xbukan nak turunkan subsidi (harga minyak naik). Tektik sama macam kes pengidap penyakit kencing manis meningkat.. lepaih tu harga gula naik....

      Oh...Malaysia...Tanah airku!

      ReplyDelete
      Replies
      1. bawah najib ni.. bereti dak... subsidi takdak langsung.. motif untuk menjaga kewangan negara. awat bengap sangat ka nak urus sampai kena potong subsidi semua...

        Delete
    4. tunggu dan lihat tak lama lagi subsidi diesal akan lenyap.........tak caya? lu tunggu

      ReplyDelete
    5. Subsidi akan dihapuskan. Serta merta kes penyeludupan akan terhapus. Simple solution.

      ReplyDelete
      Replies
      1. simple solution utk mereka atasan. yg kt bawah ni tunggu la merasa bahang kenaikan harga/.

        Delete
    6. Elok la subsidi tu ditarik semua...baru padan muka hangpa....selama ni kami yg dok bayak cukai apa ceghita? kesenangan pada semua....kami sapa bela. Biak pi la harga petrol dan diesel ikut harga pasaran...selesai semua perkara...kan mudah aja.

      ReplyDelete
    7. Polis , SPRM dan lain lain penguatkuasa mana berani sentuh VIP BN tu, lebih lebih lagi kalau UMNO , mereka ini ABOVE THE LAW...! di Malaysia tiada yang mustahil...!!

      ReplyDelete