BAN Sukan - Liverpool Juara EPL 2014 + 6 = 2020 (Video Inside)

Senyum tak perlu kata apa-apa, senyum.. Katakan

Liverpool "Sandarkan Pada Kenangan"

Manchester City merangkul gelaran Liga Perdana Inggeris kedua dalam tempoh tiga tahun selepas menang 2-0 ke atas West Ham malam tadi sekali gus membuatkan pasukan di tangga kedua, Liverpool terpaksa berpuas hati dengan naib juara.

City yang dibimbing Manuel Pellegrini hanya memerlukan seri untuk menjulang kejuaraan musim ini, menamatkan saingan dengan kelebihan dua mata berbanding Liverpool yang turut menutup kempen 2013/14 dengan kemenangan 2-1 ke atas Newcastle yang bermain sembilan pemain.


Samir Nasri meletakkan City di depan hasil jaringan pada minit ke-39 sebelum kapten pasukan, Vincent Kompany melengkapkan malam gemilang Citizens menerusi tolakan mudah ke gawang West Ham pada minit ke-48.

Di Anfield, suasana sunyi seketika apabila Martin Skrtel menjaringkan gol sendiri pada babak pertama, tetapi Daniel Agger dan Daniel Sturridge memastikan anak buah Brendan Rodgers itu muncul naib juara Liga Perdana.

Pada hujung permainan, Newcastle terpaksa bermain dengan sembilan orang selepas Shola Ameobi dan Paul Dummett dilayangkan kad merah oleh pengadil Phil Dowd.

Dua lagi pasukan teratas, Chelsea dan Arsenal turut menewaskan lawan masing-masing sekali gus menyaksikan tidak ada sebarang perubahan di kelompok teratas liga.

Bagaimanapun, skuad Jose Mourinho itu ketinggalan satu gol di Cardiff sebelum menang 2-1 dan pasukan kendalian Arsene Wenger pula mudah mengenepikan cabaran Norwich City 2-0 di Carrow Road.

Dengan keputusan itu, City, Liverpool dan Chelsea layak secara automatik ke Liga Juara-Juara musim depan manakala Arsenal pula terpaksa mengharungi pusingan kelayakan sebelum boleh mara ke peringkat kumpulan saingan tertinggi Eropah itu.

City mengumpul 86 mata diikuti 
Liverpool (84), 
Chelsea (82) dan 
Arsenal (79).

Dalam aksi di Stadium Cardiff, jaringan babak kedua oleh Andre Schurrle dan Fernando Torres melegakan Mourinho yang sedikit goyah apabila pasukan di tangga terbawah liga, Cardiff mendahului pada minit ke-14 menerusi Craig Bellamy.

Arsenal pula menunjukkan jalan keluar buat Norwich City selepas Aaron Ramsey dan Carl Jenkinson meledak jaringan untuk kemenangan 2-0.

Tiga pasukan terbawah, Norwich, Fulham dan Cardiff tersingkir ke Liga Kejuaraan musim depan. (HMetro)

 

Post a Comment

2 Comments