BAN Politik - Hati Tisu Nak Jadi Pemimpin. Semua Benda Nak Saman

Percayakah anda... Mahathir dengan selamba perli najib razak berhati tisu nak saman malaysiakini.. Mahathir dulu kena kutuk.. Obama lagi la kaw kaw kena kutuk satu dunia.. Relax jer.. Ada kutuk ada memuji..

Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat, Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berkata beliau tidak akan menyaman mana-mana portal berita walaupun mereka mengutuk beliau, tidak sepertimana Perdana Menteri Datuk Seri, Najib Abdul Razak.


Kos untuk mendapatkan khidmat peguam adalah satu faktor, di samping beliau tahu bahawa kutukan dan pujian adalah lumrah pada orang politik, kata bekas presiden Umno itu.

Dr Mahathir berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai saman Najib terhadap Mkini Dotcom Sdn Bhd, penerbit Malaysiakini, dan dua editornya berkaitan penyiaran komen pembaca.

"Saya tak akan saman, mereka boleh kata saya macam-macam. Saya tak akan saman kerana ini adalah politik. Dalam politik, anda akan dikutuk dan anda akan dipuji."

Sebagai contoh, kata Mahathir, beliau tahu ada yang memanggilnya "anti-hadis" dan "kafir".

PAS, kata Mahathir, juga melabelkan orang Umno sebagai Kafir. (Malaysiakini)

Post a Comment

5 Comments

  1. tuan guru nik aziz pun xde nak saman2 org yg kutuk dia...

    ReplyDelete
  2. PM paling memalukan. aku rs pertama dlm dunia kot saman media.

    ReplyDelete
  3. madir oooo madir

    ReplyDelete
  4. Contohilah madey walaupun ramai yg kutuk dan puji beliau, at least minda beliau terbuka...

    ReplyDelete
  5. Dia banyak duit, sebab itu boleh saman, upah peguam dah RM 12,700.00. Kalau kalah burnlah duit tu, kalau menang, tengok jumlah yang diputuskan oleh mahkamah. Aku bagi contoh kes terbaru budak lelaki kes kat hospital selayang. Menang Saman, RM 2.78 juta. Berbaloi apa, bila menang!

    ReplyDelete