• Politik Terkini

    Monday, June 16, 2014

    BAN Seks - Malaysia HUB Baru Aktiviti Pelacuran Dan Maksiat ?

    Risau sangat malaysia jadi hub industri pelacuran.. Rakyat ke pemimpin patut risau.. Polis bawahan ker facebooker patut risau.. Dalam parlimen takde kecoh pun kan... So, worried... Risau tahap gaban sekalipun, kalau atasan takde tindakan, sekadar buat statement murahan then jadikan isu seks sebagai isu pelaris akhbar, penyedap cerita time PRU.. So what negara menjadi kacau bilau babitkan hal seks..

    Isu halal haram pun bleh bertelagah.. Kejap halal kejap haram.. Money Talks! Its Malaysia!

    credit pic pixel



    Malaysia kini semakin dilihat sebagai sarang maksiat dan pelacuran – sekiranya statistik polis ada kebenarannya.

    Pasukan polis pula sibuk menyalahkan permintan tinggi di kalangan pelanggan dan tidak menangani kelonggaran penguatkuasaan.

    Di dalam posting yang dimuatnaik ke laman Facebook Polis DiRaja Malaysia pada 12 Jun, berkata bahawa situasi maksiat di negara ini belum di tahap membimbangkan.

    • “Permintaan tinggi bagi wanita asing merupakan sebab utama pengusaha rumah urut menggaji mereka, tanpa mengira samada mereka mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
    • “Kami akan meneruskan serbuan ke atas premis seperti itu,” ujarnya.

    Statistik bagaimanapun memberi gambaran buruk :
    Jumlah wanita yang ditahan di dalam operasi pada empat bulan pertama tahun ini meningkat hampir dua kali ganda berbanding tahun lalu.
    “Seramai 6,275 wanita berbangsa Thailand, Vietnam dan China ditahan di antara Januari dan April tahun ini, berbanding 3,862 pada tempoh yang sama tahun lalu,” katanya.

    Jumlah ini termasuk 2,133 wanita Vietnam, 1,369 wanita Thailand, dan 1,661 warga China.

    Jumlah wanita warga Filipina, Indonesia, India, Kemboja, Laos dan Uganda yang ditahan turut meningkat, jelas Roslee.

    Kos pengangkutan melalui Thailand merupakan faktor utama kemasukan beramai-ramai pelacur asing ke negara ini, tambahnya.

    Selain itu, seramai 621 wanita tempatan turut ditahan kerana aktiviti pelacuran dalam tempoh empat bulan pertama 2014.

    Kita tertanya-tanya apa maksud Roslee “belum di tahap membimbangkan”, kerana pusat maksiat tumbuh melata.

    Cuba perhatikan pusat komersil di sekitar Lembah Klang dan kita tentu terjumpa pusat refleksologi kaki atau spa di barisan yang sama – ada yang menawarkan perkhidmatan pelacuran.
    Menurut pemantau pasaran gelap atas talian Havocscope, industri pelacuran di Malaysia memberi pulangan RM3.2 bil berdasarkan bayaran yang diterima pelacur asing di sini.
    Ini meletakkan kita di kedudukan lebih tinggi berbanding Belanda (di mana pelacuran dibenarkan), atau Russia dan Jamaica.

    Kita di kedudukan ke-17 daripada 26 negara dengan kutipan hasil tertinggi bagi perkhidmatan seks. Namun Malaysia tidak tersenarai di antara 29 negara dengan jumlah pelacur paling tinggi. Ini bermakna, pelacur di negara ini mengenakan bayaran yang lebih mahal.

    Bukan rahsia lagi bahawa wanita-wanita ini menjual tubuh badan mereka dengan harga yang tinggi ketika warga tempatan yang berkerja siang malam mencari sesuap nasi. Wang yang diperolehi pelacur-pelacur disalurkan balik ke negara sendiri.

    Ketika operasi dijalankan, apa yang berlaku ialah wanita ini dihantar ke Jabatan Imigresen kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah. Mereka kemudian dihantar pulang.

    Bagaimanapun, mereka kembali ke Malaysia selepas enam bulan kerana hasil lumayan yang ditawarkan.

    Mungkin pihak berkuasa perlu mengenakan peraturan lebih ketat bagi membasmi gejala ini, dan tidak hanya menyalahkan faktor permintaan tinggi.

    Jika penguatkuasaan dilakukan dengan betul, kita mampu mengelakkan daripada bergelar sarang maksiat di Asia. (TheAntDaily)

    6 comments:

    1. rmi org malaysia gila sek ehh? gila ah T.T mentaliti masyarakat makin teruk hari demi hari...

      ReplyDelete
      Replies
      1. ala kan kita ada menteri CGPA 3.75. Nanti dia settle la tu.

        Delete
      2. kau kutuk aku yea, akulah yang dapat CGPA 3.75, sebelum tu 4.31!

        Delete
    2. mcm2 hub dah kita ni...semua ada dlm satu Malaysia

      ReplyDelete
    3. sejak nazri aziz dan anak ambil alih pelancongan ni mcm2 kita dgr benda pelik di malaya nih

      ReplyDelete