BAN Gosip - Elfira Loy Beraya Di Lombok

Lalalala : Setiap individu pasti mempunyai cara yang tersendiri untuk meraikan ketibaan Syawal. Ada yang masih mengikut rutin tradisi pulang ke kampung untuk melawat kaum keluarga, dan ada juga yang lebih selesa meraikan hari kemenangan seluruh umat Islam itu di ibu kota.

Namun, ada segelintir umat Islam yang berkira-kira untuk menyambut datangnya Aidilfitri di perantauan. Lebih unik, sambutan perayaan tersebut dibuat secara bercuti dan berehat di sebuah pulau yang asing daripada penduduk setempat.

Pelakon genit, Elfira Loy memilih cara itu. Menjadikan pulau sebagai destinasi pilihan setiap kali tibanya Hari Raya, tuan empunya nama Nurul Elfira Loy Ahmad Sabri gemar menghabiskan cuti rayanya bersama keluarganya di luar negara. Katanya, tidak banyak persiapan hari raya yang dilakukan setakat ini. Sebaliknya, persiapan bercuti yang lebih diutamakan.


Ujarnya ringkas ketika ditemui pada majlis berbuka puasa Astro di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Persiapan raya saya berbeza dengan persiapan orang lain. Mungkin ada yang sedang sibuk membeli kuih raya dan menempah busana untuk digayakan pada pagi Syawal. Tetapi, persiapan saya hanyalah sekadar menempah tiket kapal terbang dan hotel di destinasi pilihan,”
Memilih Lombok, Indonesia sebagai destinasi percutian hari rayanya tahun ini, pelakon yang mula meningkat naik dengan drama bersiri Senja Permai ini gemar menjadikan pulau sebagai lokasi kerana suasana yang tenang dan jauh daripada kesibukan kota.

Ujar Elfira yang memilih Kepulauan Maldives sebagai destinasi Aidilfitri dua tahun lalu.
“Apabila bercuti di pulau, hati saya akan jadi lebih tenang. Sementelah dengan kehadiran keluarga, percutian kami akan lebih bermakna dan menyeronokkan. Maklumlah, apabila di Kuala Lumpur masing-masing sibuk dengan kerjaya. Inilah masa terbaik bagi kami untuk merapatkan hubungan sesama keluarga,” 
Ketika ditanya mengenai aktiviti yang akan dilakukan ketika berada di sana, aktres yang berusia 20 tahun ini berkongsi, mereka sekeluarga amat gemar bermain sukan air selain menjelajah tempat-tempat menarik di Lombok.

“Di sana, perjalanan dari satu tempat ke tempat yang lain memakan masa yang agak lama. Justeru, saya dan keluarga akan memanfaatkan masa yang ada ketika itu untuk menghargai keindahan flora dan fauna,” kata Elfira yang memilih sendiri lokasi berkenaan beberapa bulan lalu. Melanjutkan perbualan mengenai ziarah hari rayanya tahun ini, Elfira berkata, dia akan pulang melawat sanak saudaranya selepas dia pulang bercuti di Lombok.

“Biasanya, sanak saudara lebih gemar menghabiskan minggu awal bulan Syawal dengan berpuasa enam. Jika pulang ke kampung seperti tidak ada keterujaan untuk meraikan hari raya. “Jadi, selepas habis bercuti dan mereka sudah habis berpuasa, maka saya akan mula menziarahi dan berhari raya bersama-sama,” ujarnya lagi.

(RotiKaya)

Post a Comment

4 Comments

  1. aku nk join sekali. mcm mana ?

    ReplyDelete
  2. Final amendments to US Commerce Department data released on cheap jordans the 23rd, the third quarter of this uggs outlet year, wholesale jordan shoes US real GDP grew at an annual rate of 5%, higher christian louboutin than the previous estimate of 3.9 percent. This Cheap Louis Vuitton Handbags is the fastest since the christian louboutin shoes third quarter of 2003 the growth rate of Christian Louboutin Daffodile the US economy over the same period of history, much higher than cheap nike jordan shoes generally expected by scientists previously.Analysis Bags Louis Vuitton of Three-quarter US economic growth christian louboutin remise 50% reasons, first by pulling a strong personal and business consumer spending. uggs on sale The Discount Louis Vuitton third quarter of this Air Jordan 11 Gamma Blue year, discount christian louboutin US consumer spending grew at an annual ugg australia rate of 3.2%, the most since the ugg pas cher fourth discount nike jordans quarter of 2013 the fastest. Second, third-quarter US corporate fixed investment grew by 8.9%.The second quarter of ugg boots 2014 the US Discount LV Handbags economy grew at an annual rate of 4.6%. Affected by cold weather in the first quarter of the US economy declined at an annual rate of 2.1%. Economists expect the pace of the US ugg economy in the fourth quarter Christian Louboutin Bois Dore of Cheap LV Handbags this cheap christian louboutin year has slowed, expected annual rate of growth of ugg soldes around 2.5%.

    ReplyDelete