• Politik Terkini

    Wednesday, July 23, 2014

    BAN #MH17 - Pilot Japan Airlines Menerangkan Keselamatan Laluan MH17

    Malapetaka Pesawat MH17 telah menarik perhatian dan simpati pelbagai pihak dari serata dunia, menyebabkan ramai tertanya mengapa kemalangan yang begitu dahsyat boleh berlaku. Saat jari menuding dan pemimpin dunia mencari pihak untuk disalahkan, ramai jua yang tertanya-tanya mengapa penerbangan dari Amsterdam ke Malaysia melalui ruang udara Ukraine.

    Untuk memulakan penerangan ini, mungkin anda perlu memahami konsep geografikal, iaitu di mana tiga titik penting berada. Terdapat tiga titik dalam peta ini iaitu lokasi Amsterdam, tapak kapal terbang terhempas iaitu Ukraine, dan destinasi akhir pesawat iaitu di Kuala Lumpur.



    Seperti yang boleh anda lihat, tiga titik ini membentuk garisan yang hampir sempurna lurus.

    Seperti yang diberitahu oleh stesen televisyen Jepun, NHK, ini bukannya satu kebetulan. Jika anda menghabiskan banyak masa berjalan atas tanah, anda mungkin tidak akan fikir tentang jalan terus secara langsung untuk ke destinasi anda, kerana anda dihalang oleh pagar, bangunan dan sebagainya.

    Bagaimanapun, apabila merancang laluan pesawat, syarikat penerbangan biasanya memilih laluan dengan jarak paling singkat, kerana jet tidak ada masalah untuk terbang menembusi awan kumulus nimbus.

    Dan ini jelas apa yang sememangnya dilakukan oleh penerbangan MH17: Mengambil jalan paling terus ke Malaysia. Sudah tentu, bukan semua penerbangan mengambil jalan paling singkat, dan pengalihan arah penerbangan disebabkan cuaca buruk dan situasi kecemasan, bukan sesuatu yang luar dari kebiasaan.
    Oleh itu, ramai tertanya mengapa MH17 terbang menerusi ruang udara sebuah kawasan yang dikatakan zon perang yang aktif.
    Untuk menjawab persoalan tersebut, NHK atau Parbadanan Penyiaran Jepun menemubual Hiroyuki Kobayashi, seorang juruterbang terkenal di Jepun yang pernah terbang di semua laluan antarabangsa yang telah ditetapkan oleh Japan Airlines (JAL) dan hampir kesemua laluan domestik Jepun. Beliau telah bersara pada tahun 2003.

    Seperti yang diterangkan oleh pesara penerbangan itu :

    • Pesawat penumpang sering melalui ruang udara zon perang apabila ia disahkan selamat untuk penerbangan altitud tinggi. 
    • Kobayashi memberitahu yang dia sendiri berpengalaman terbang melalui ruang udara Vietnam, Iran dan Iraq semasa perang berlaku di negara tersebut.
    • Selagi pesawat terbang lebih tinggi dari altitud 10, 000 meter di kasawan perang, ia sepatutnya berada dalam keadaan selamat, terutamanya jika telah diputuskan bahawa senjata yang mampu menembak pesawat tidak digunakan oleh pihak yang berperang.
    • Walaupun helikopter dan kapal terbang lain telah diserang dalam konflik Ukraine yang terbaru, tidak ada sebarang petunjuk bahawa terdapat peluru berpandu yang mampu mengenai pesawat penumpang dari permukaan kawasan itu, sedang digunakan di situ
    • Kobayashi juga menekankan bahawa laluan itu ialah laluan yang sangat biasa digunakan untuk penerbangan antara Asia Tenggara dan Eropah.
    • Kobayashi turut menambah bahawa, melalui gambaran video kawasan pesawat itu terhempas yang telah ditonton olehnya, penerangan yang paling sesuai tentang serpihan yang melayang dan jatuh bertebaran dalam jarak yang luas ialah disebabkan letupan di udara.


    Dia bersetuju bahawa pesawat itu telah ditembak dan kejadian itu akan membawa impak yang besar kepada banyak syarikat penerbangan yang menggunakan laluan di kawasan tersebut. (Omakkau)

    4 comments:

    1. maknanya laluan tu dah betul.. kalau terbang pada kedudukan yg tinggi.. mmg tak kena tembak.. now sebab terbang rendah lah.. kenapa terbang rendah?

      ReplyDelete
    2. Peluru berpandu BUK boleh mencapai ketinggian 71,000 kaki dengan mudah, pesawat MAS terbang setinggi 33,000 kaki, jadi tak mustahil boleh kena.

      ReplyDelete
      Replies
      1. dengan kelajuan 900km/j dia bleh tembak jugak ker

        Delete
      2. peluru berpandu tu kelajuannya mencecah 4,294km/sejam, jet pejuang pun tak dapat lari!

        Delete