• Politik Terkini

    Thursday, July 17, 2014

    BAN Politik - Dr Agus Melenting Isu Diskriminasi Peruntukan Baiki Jalan Negeri Kelantan.

    Balik kampung... ooooo balik kampung.... oooo balik kampung.. hati girangggg.... kebabooommmm... Tayar kereta pecah... Tu sebenar salah satu cara untuk menghalang daripada kereta bawak laju... Tektik ops sikap kot.. Taknak bagi rakyat kelantan bawak kereta laju-laju.. Sebab tu kerajaan taknak baiki jalan or buat highway.. Tambah lagi kat kelantan kawasan cina.. Mana boleh buat pembangunan kawasan cina.. Umno tak suka!.. Ada paham tak macai sekelian...

    Kembali menyanyi la.. Tayar pecah ke, hancur ker.. Apa peduli..

    (Sedutan rantaian kasih daripada DR Agus )

    ADUH! JALAN BALIK RAYA DI KAMPUNG BELUM SIAP?

    Menjelang hari raya, hati saya gelisah. Saya resah mengenangkan nasib ratusan ribu rakyat Kelantan di perantauan yang akan pulang berhari raya. Akan selamatkan saudara-saudara saya ini di perjalanan nanti? Selesakah mereka dengan anak-anak dalam kereta jika terpaksa bersesak di jalan? Jalan itu pula bukannya di Kuala Lumpur, tetapi di Kelantan dari Kuala Krai menuju Kota Bharu.

    Jalan Kuala Krai-Kota Bharu ini sudah lama sesak. Sudah banyak memakan korban jiwa. Sudah menjerit rakyat meminta jalan ini disiapkan. Sudah kerap kali sangat kerajaan berjanji untuk siapkan, baik itu kerajaan pusat mahupun kerajaan negeri. Tetapi ternyata, janji politik ini sekadar janji sahaja.

    Bila kita ungkitkan hal ini, dikatakan kita tidak ada fakta lengkap. Inilah yang berlaku setahun yang lalu. Saya yang ungkitkan hal ini dan kemudiannya kerajaan negeri berjanji akan memberikan perhatian.

    Maka tender baru dikeluarkan. Kerajaan pusat siapkan jalan Kota Bharu-Machang dan kerajaan negeri siapkan jalan Machang-Kuala Krai. Tender sudah beres, cumanya jalan belum beres. Berapa tahun lagi harus rakyat tunggu? Berapa tahun lagi korban jiwa di jalan yang perlu kita tengok?

    Saya rasa hairan. Tak rasa bersalahkah kerajaan melihat derita rakyat ini—baik itu kerajaan pusat atau kerajaan negeri?

    *********

    Saya sertakan tiga keping gambar jalan negeri dari Pasir Puteh-Tok Bali. Jalan ini rosak sejak September 2012 dan JKR Pasir Puteh mengakui hal ini.

    Punca jalan ini rosak adalah kerana jalan ini dibina untuk kegunaan kenderaan biasa, tetapi terlalu kerap digunakan oleh lori yang mengangkut bijih besi dari pelbagai jajahan ke Pelabuhan Tok Bali.

    Rakyat merungut. JKR Pasir Puteh memberi jawapan kos membaiki jalan ini mahal dan kerajaan negeri tidak mempunyai wang untuk membaikinya. Sebab tidak ada wang kerana diskriminasi kerajaan pusat. Royalti minyak disekat dan lainnya.

    Wahai pemimpin kerajaan negeri dan pusat! Janganlah kerana perbezaan politik rakyat menjadi mangsa. Janganlah kerana perebutan kuasa, jiwa rakyat menjadi korban.

    Berundinglah untuk selesaikan isu-isu tertunggak demi kesejahteraan rakyat dan negeri ini. Bila rakyat sudah bosan, mana tahu PRU ke-14 nanti, hanya pemimpin yang keluar mengundi.


    (dr Agus)

    8 comments:

    1. lama xupdate. pergi baiki jalan ke admin

      ReplyDelete
    2. hantar CDM 25 suh mengamuk kat JKR

      ReplyDelete
      Replies
      1. hahahahahah...kemah demo akwe sokong

        Delete
    3. Betul Dr. Orang Kelantan pun bayar cukai jugak... Janganlah negeri-negeri tertentu jer dapat kemewahan dari krjan pusat. Takutlah kepada Allah di Akhirat nanti

      ReplyDelete
    4. aku tetep saman kabinet malaysia di hadapan rabbuljalil nanti.

      ReplyDelete
    5. start esok aku malas nk bayar cukai apa2 dah..

      ReplyDelete
      Replies
      1. selama ni ko byr ke cukai?

        Delete
    6. klu ini belaku d selangor tgk la perkasam isma pekida jati zul nordin brehem ali hasan ali menyalak........sbb ini belaku d negeri klate yg majoriti rakyatnya cina india bangla dan nepal pusat buat dek je la........PAS negeri BN pusat akan jawab soalan soalan ini di akhirat nnti....kelik kapong nok jupo mok ayoh woris waroh, buke nok susoh

      ReplyDelete