• Politik Terkini

    Tuesday, July 8, 2014

    BAN War - ISIL Passport, Masjid Syiah Di BOM, 30K Penduduk Syria Di Halau

    Ganas ganas dan terus mengganas.. Kali ni bukan setakat masjid syiah jer.. Masjid sunni pun sama.. Dikatanya berhala.. Mohon ISIL masuk ke mynmar.. Kat sana umat islam nak kena bunuh.. Sebelum ni gerakan al-qaeda.. Now dah diam.. Timbul ISIL mengganas di iraq dan merebak ke syria.. Atas alasan nak tubuhkan kerajaan khilafah islam.. Semua tempat minyak dia dah kawal..

    Tapi rizalman yang nak kena courts di new zealand katanya tengah psikitri kat malaysia.. Tangguh lagi.. Nak bicara mahkamah tentera katanya.. Boleh pulak lari ke malaysia tapi kerajaan malaysia baik baik ajaa...


    Robohkan masjid Syiah, Sunni di Iraq

    MOSUL - IRAQ. Kumpulan ISIL atau kini dikenali sebagai Kerajaan Negara Islam bertindak merobohkan empat masjid Sunni dan enam masjid Syiah di wilayah Nineveh, utara Mosul.

    Menerusi gambar disebarkan oleh ISIL, masjid Sunni dirobohkan dengan menggunakan jentolak manakala masjid Syiah dirobohkan menggunakan bahan letupan.

    Kesemua gambar itu bertajuk: ‘Merobohkan tempa suci dan berhala di Niniwe'.

    Penduduk mengesahkan, tempat itu dimusnahkan.

    “Kami sedih dengan tindakan itu kerana ia diwarisi secara turun temurun,” kata  penduduk tempatan, Ahmed berusi 51 tahun.

    Seorang penganut Kristian, Kasdim juga kecewa apabila ISIL merobohkan dua gereja Ortodoks Syria di bandar itu.

    Difahamkan,menurut laporan Al Arabita, wilayah berkenaan dihuni dua juta penduduk dengan kebanyakan mereka adalah Arab Sunni dan Syiah juga minoriti etnik Kurd, Turkmenistan, Yazidis dan mazhab lain. (sinar)


    ISIL halau 30,000 orang di timur Syria

    DAMSYIK - IRAQ. Serangan drastik Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) menyebabkan hampir 30,000 penduduk menjadi pelarian di bandar Shahel, wilayah timur, Syria sejak minggu lalu.

    Munurut Press TV, Pemerhati Hak Asasi Manusia bagi Syria melaporkan, ribuan penduduk terpaksa meminta bantuan perlindungan berhampiran wilayah Deir al-Zour selepas mereka dipaksa keluar dari kediaman masing-masing oleh anggota gerakan ISIL.

    “Shahel adalah kubu kuat kumpulan Nusra Front yang merupakan ahli pakatan ISIL di Syria. Hampir semua loji minyak di Deir al-Zour jatuh ke tangan ISIL kecuali satu loji terletak di kawasan luar bandar,” menurut laporan itu.

    Minggu lalu, ISIL mengisytiharkan pembentukan Negara Islam di bawah pentadbiran Khalifah Islam diketuai Abu Bakr al-Baghdadi.(Sinar)


    'Pasport Khalifah' diperkenalkan

    BAGHDAD - IRAQ. Kumpulan Negara Islam Iraq dan Jajahannya (ISIL) memperkenalkan pasport dikenali sebagai ‘Pasport Khalifah’.

    Nama pentadbiran Kerajaan Khalifah yang mentadbir negara baharu Negara Islam turut tercatat di dalam pasport berkenaan.

    Selain itu, di bahagian bawah dokumen berkenaan tertera: “Jika pemegang pasport ini dicederakan, kami akan menghantar perkhidmatan tentera kepadanya.”

    Media tempatan melaporkan, ISIL akan mengagihkan 11,000 pasport berkenaan kepada penduduk yang tinggal di bandar-bandar bersempadan dengan Iraq dan Syria.

    “Menurut jurucakap ISIL, mereka yang beroperasi di Iraq dan Syria akan meluaskan jajahan dari Aleppo di utara Syria ke Diyala di timur Iraq,” menurut laporan itu kepada Press TV.

    Kini, pasport berkenaan dilaporkan sedang dicetak di pusat percetakan pasport kerajaan rejim di Mosul dan mula digunakan pada minggu hadapan. (sinar)

    8 comments:

    1. dlm masa terdekat sampai mcm tu sekali diaorg buat.. majuu!

      ReplyDelete
    2. dunia akhir zaman.. kebangkitan black flag mmg sudah dijangka.

      ReplyDelete
      Replies
      1. otak ka blck flag...ini kezaliman ko tau..imam mahdi bawa keadilan kemakmuran....klu islam haramkan musnahkan rumah ibadat org kapir sekali pon..ini masjid pon di letup..bodo

        Delete
      2. dahtu apa nk buat?

        Delete
    3. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete
    4. kalau masjid pun diaorang BOM, Kumpulan ISIL ni agama apa? Macam nak bentuk satu kerajaan Baru.

      ReplyDelete
    5. i hanya sokong ISIS perang dgn syiah di syria dan syiah iraq dn US. katanya lepas ni nk masuk baitulmaqdis lawan israel.

      bagaimanapun kita kena sikap hati2 kt ISIS ni. mungkin saja mereka khawarij atau assyufyani atau boleh jadi syiah yg menyamar.

      semuga Allah selamatkan kita semua dpd fitnah akhir zaman yg amat halus.

      ReplyDelete
    6. This comment has been removed by a blog administrator.

      ReplyDelete