BAN Zionis -Gaza Dibedil : Sukarelawan Buntu Salur Bantuan

Israel Palestin panas harini.. Tentera israel gila babi melangkaui tahap cadbury terus membedil.. Paling gampang, dengan selamba rakyat israel menonton di terangi unggun api.. Syarikat israel 24 jam tanpa henti making profit.. Malaysia hanya mampu mengecam.. negara islam lain sibuk berurusniaga saham.. Nantikan negara tergadai.. Pekerja KFC MCD tak mampu buat apa-apa.. Pagi2 kena punch masuk kerja... Nak boikot tinggal sejarah...

OIC mana OIC .... Sibuk barangkali. Mengagih makanan kat palestin kot.


KAHERAH - MESIR . Duta Besar Republik Indonesia ke Mesir, mengeluarkan arahan bahawa sukarelawan masih belum dibenarkan ke Gaza kerana keadaan masih tegang, lapor AntaraNews.

Nurfaizi Suwandi berkata, ketika ini pos keselamatan di sempadan Rafah yang menghubungkan Mesir dan Gaza, ditutup oleh pihak berkuasa Mesir bagi mengelakkan rakyat negara itu memasuki Gaza.

"Segala bantuan sebaiknya disalurkan melalui Persatuan Bulan Sabit Mesir atau Duta Besar Palestin di Jakarta untuk masuk ke Gaza.

Mereka perlu dapat kebenaran dari Kementerian Luar Mesir," katanya.

Menurutnya, pihak berkuasa Mesir hanya mengizinkan penduduk Gaza memasuki negara itu jika memerlukan rawatan susulan di hospital. (sinarharian)

Post a Comment

3 Comments

  1. jatuhnya gaza.. datangnya dajjal..

    ReplyDelete
  2. GAZA- Palestin kini bersiap sedia menghadapi ancaman 40,000 tentera Zionis yang akan dilancarkan pada bila-bila masa melalui Operasi Perlindungan Sempadan.

    Presiden Palestin Mahmoud Abbas mengumumkan perkara itu dan meminta semua penduduk bersedia, lapor Press TV.

    "Segala usaha saya untuk menamatkan keganasan gagal. Namun kami tidak akan putus asa mempertahankan tanah ini sungguh pun Israel terus mendesak supaya meninggalkan tanah ini.

    "Kami tidak mempunyai senjata, tetapi kami akan tetap teguh mempertahankan negara ini. Jika Israel mempunyai peluru berpandu dan senjata, ini tidak bermakna kita akan menyerah diri,“ katanya.

    Menurutnya, Palestin bersedia untuk melakukan gencatan senjata jika dipersetujui Israel tetapi hingga kini negara itu masih berdiam dan enggan berbincang sungguh pun mendapat nasihat dan teguran negara lain.

    Semalam beliau meminta rakyat Palestin yang tinggal berhampiran sempadan dengan Israel supaya meninggalkan kediaman mereka dan bergerak menuju ke Genting Gaza.

    ReplyDelete
  3. aku pon nk mati d syam..tp aku x layak

    ReplyDelete